Sapa sebenarnya Anwar Ibrahim ni?

Tahun 1947
Dilahirkan di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Sekolah Rendah Bukit Mertajam Boys School, BM.. Sekolah Menengah Maktab Melayu Kuala Kangsar. Aktif Persatuan Bahasa Melayu. Wakil Pemidato serta
Ketua Pengawas Sekolah
Tahun 1967 (umur 20 tahun)
Melanjut pelajaran Universiti Malaya dlm Pengajian Melayu (Sastera:Major, Ekonomi:Minor). Pemimpin Pelajar dengan menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM).
Pasca Mei 13 dalam tahun 1970 beliau melancarkan kempen menobatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam UM. Dinding dan Papan tanda di Universiti yang berbahasa Inggeris dicat tanda protes.
Tahun 1971 (umur 24 tahun)
Menubuh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Tahun 1971 (umur 24 tahun)
Dilantik Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Tahun 1973 (umur 26 tahun)
Dilantik Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.
Tahun 1974 (umur 27 tahun)
Ditahan dibawah seksyen 117 (jenayah) sewaktu Demonstrasi berhubung kemiskinan tragis masyarakat di Baling. Namun ditahan kembali atas alasan "secara aktif dan sedar bekerja menggulingkann kerajaan yang sah" .
Antara kerja-kerja yang disabitkan kepada beliau "Kempen anti-Tuanku Abdul Rahman 1969, memperjuangkan dasar bahasa Malaysia 1970-71 di Universiti Malaya, menyokong perjuangan minoriti islam termasuk demontrasi lawatan Thanom Kittikachorn ke Malaysia 1972,
Kegiatan membantah bantuan Amerika Syarikat terhadap Zionis Israel dlm keganasan dn perompakan terhadap rakyat Palestin 1973, mencetak dn mengadakn kertas kerja saduran dari buku Malay Dilema dn dibentangkn di Persidangan Persatuan Pelajar Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam 1971,
Desakan penubuhan UIAM dan yang terakhir Demonstrasi Baling. Anwar Ibrahim ditahan tanpa bicara dan dipenjara 3 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
Tahun 1979 (umur 32 tahun)
Menerima gelaran Dato’ daripada Sultan Pahang dan Sultan Selangor. Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Pakistan.
Tahun 1982 (umur 35 tahun)
Menyertai UMNO. Mengambil bahagian dalam Pilihanraya Umum yg ke 6, menang di Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 14 352. Kerusi PPauh pada waktu itu adalah milik PAS.Beliau ditugaskan utk merampas kembali kerusi UMNO apabila tewas pada PAS ( PRU 5)
Tahun 1982 (umur 35 tahun)
Beliau menang pemilihan Parti sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Pada tahun sama dilantik Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Berusaha menjayakan bagi mendirikan UIAM.Berusaha mengujud dan memperkenalkan Bank Islam Malaysia.
Tahun 1983 (umur 36 tahun)
Dilantik Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Tahun 1984 (umur 37 tahun)
Memperkenalkan kewujudan Takaful

Tahun 1985 (umur 38 tahun)
Dilantik Menteri Pertanian

Tahun 1987 (umur 40 tahun)
Menang Pemilihan Parti sebagai Naib Presiden UMNO
Tahun 1987 (umur 40 tahun)
Dilantik Menteri Pelajaran
Dilantik Presiden Persidangan Agung UNESCO yang ke 25

Tahun 1988 (umur 41 tahun)
Dilantik Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Tahun 1991 (umur 44 tahun)
Dilantik sebagai Menteri Kewangan.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan pertama Malaysia yang membentangkan belanjawan yang mendapat untung iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan atau surplus belanjawan.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan pertama Malaysia membayar hutang luar dengan nilai 10 Billion setiap tahun sekali gus menobatkan Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan pertama Malaysia membayar hutang luar.
Sewaktu menjadi Menteri Kewangan Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Euro Money Magazine sebagai Menteri Kewangan yang terbaik di Dunia pada tahun 1993. Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Money Magazine sebagai Menteri Kewangan terbaik di Asia.
Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Weeks Magazine sebagai ‘ The Asian of the year ' pada tahun 1998. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang mendapat pengiktirafan sebagai The Asian Of the Year.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang dilantik sebagai ‘ Pengerusi bahagian pembangunan ‘ di Bank Dunia pada tahun 1995. Malaysia dikenali sebagai 'The Asian Tiger' dalam kalangan negara-negara Asian sewaktu Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan.
Pertumbuhan ( Growth ) Ekonomi Malaysia berada pada kadar 7- 9 % selama 8 berturut-turut. Pertumbuhan ( Growth ) Ekonomi Malaysia nombor 1 di Asean. Persaingan ( Competitiveness ) Malaysia nombor 1 di Asean.
Pelaburan langsung ( Foreign Direct Investment ) Malaysia nombor 1 di Asean. Capitalisation Malaysia numbor 2 di Asean. Anwar Ibrahim Menteri Kewangan Malaysia pertama yang bentangkan ( Surplus Budget ) selama 8 tahun berturut-turut.
Anwar Ibrahim Menteri Kewangan Malaysia pertama yg berjaya menurunkan hutang luar Malaysia ke paras paling rendah.Nak simpulkan disini,apabila dia dilantik Menteri Kewangan, terus dia pecut,semua nombor 1 lah kiranya, fakta ini perlu diberi kredit kepada Abdul Rauf Hj Jainullah
Tahun 1993 (umur 46 tahun)
Menang Pemilihan Parti sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Tahun 1993 (umur 46 tahun)
Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Tahun 1995 (umur 48 tahun)
Menubuhkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahaniaga (TEKUN) bermula di Pulau Pinang, kemudian di Kelantan dan kemudian di Terengganu dan seterusnya dilancarkan ke seluruh Malaysia pada tahun 1997.
Tahun 1997 (umur 50 tahun)
Mejenamakan semula dari Lembaga Urusan Tabung Haji kepada Tabung Haji.
Tahun 1998-1999 (umur 51 tahun)
Beliau menubuhkan sebuah parti Politik yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
Tahun 2008

Anwar Ibrahim tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.
Tahun 2020

13 Oktober 2020, Anwar Ibrahim bakal menghadap YDPA dalam proses perubahan tampuk pentadbiran negara Malaysia. Sama-sama panjatkan doa.
Bebenang ini dibuat untuk santai-santai sambil makan keropok Super Ring. Tak terlalu mendalam, tak terlalu ringan, mudah dan santai untuk faham sambil layan Twwet yg lain. Jarang marah jika ada yang terkurang dan tersasar.
So korang rasa tak layak lagi ka dinobatkan sebagai Perdana Menteri kita?
Mana-mana yang dah habis baca tu dah boleh agak dengan umur korang dan tahap pencapaian serta kejayaan yang bakal dicipta kelak.
You can follow @fahmizainol91.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: