SEBARKAN MACAM FITNAH!!!

#AyahLong bukan seorang yang penggoyang kaki dan isteri buat semua. Beliau merupakan Wali Hakim dan juga petani dan penternak untuk mencari nafkah keluarga. Dengarkan apa pesanannya.

"Zaman sekarang nak mencari anak soleh ibarat mencari gagak putih!"
Beliau dan lembu-lembunya. Waktu ni aku baru berhijrah ke desa.

Aku takutkan lembu, lembu pun takutkan aku 😂
Ayah Long dan kakak-kakak aku. Matanya baru lepas nangis sebab rindukan anak-anak sedara yg dah lama tak berkesempatan ziarah dia.

Memang mudah menangis. Tak kena sikit pada dia, terus menangis 😂

Dan dia tak ada menghambakan abdikan anak-anak sedara perempuannya. Dia sayang.
Waktu ni dia nangis sebab tak perasan yang berniqab tu Kakde aku. Bila tahu yg tu Kakde dia meraung,

"La ilaha illallah! Anak Johar! Wuu wuu wuu (nangis)"

Dipeluk ciumnya kakak aku. Sbb dulu dia pernah nakkan Kakde masa kecil utk dia bela. Since Allah tak kurniakannya zuriat.
Ayah Long menghiburkan diri dia di malam hari dengan mendendangkan lagu yang dia karang sendiri bertajuk Rukun Islam.
Ayah Long yang segelintir gelar tak bantu kerja rumah, tak pandai masak.

Ini adalah hari pertama aku hijrah ke rumah dia, dia sambut aku dengan masak pulut manis 😁
Jadi, aku harap sangat tweet ni tersebar sebagaimana tersebarnya tweet tentang beliau yg sebelumya. Bukan untuk meraih perhatian.

Tapi untuk membersihkan nama #AyahLong.

Terus terang, memang teruk orang duk maki dia, ada yg sampai minta dia mati kena stroke, cacat dsbg.
Mana yg kata aku meraih perhatian, salah. Aku cuma penggembala kambing yg berkongsi kehidupan harian menerusi ciapan.

Dan profile aku dulu cuma ada berapa belas saja follower & jujurnya aku tak batak follower. Rakan2 follower yg dah lama follow tau apa yg selalu aku kongsikan.
Akhir bebenang, inilah dia Wan Nordin Bin Wan Mustapha.

Satu-satunya abang kepada arwah ayah aku walaupun sifat mereka berdua sangat berbeza. Tapi setiap kali aku tengok wajah dia, aku mcm tengok arwah ayah aku.

Pada yg bantu sebarkan. Jazakumullahu Khairan.
https://twitter.com/wanyusri16/status/1314580346357207045?s=19
Ayah Long di waktu muda. Bergambar di atas kuda dengan anaknya.

Dia yg suruh aku post. Aku turutkan aje. Jadi korang jangan gelabah 😂

Kalau korang sakit hati tengok, sila gunakan butang block yg twitter sediakan.
Ayah Long dizaman mudanya. Membuka tanah baru untuk memajukan ekonomi masyarakat kampung ketika itu.
Lagi lagu yang Ayah Long karang sendiri bertajuk Pemuda Harapan Bangsa. Dikarangnya ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Dengarkan wahai pemuda-pemudi maksud bait-bait liriknya dengan hati terbuka.
You can follow @wanyusri16.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: