Sebenarnya tak ada pun "loghat Indonesia", yg biasa kita dengar tu adalah "loghat jakarta". Orang jakarta bukan orang Melayu, jadi bila belajar bahasa melayu (Indonesia) mereka sebut ikut ejaan. Org melayu di Indonesia pun ramai yg sebut mcm kita (saye, negare, kite).

Ini thread https://twitter.com/khaekarem/status/1315092125684396032
Laras baku adalah laras yang moden. Susah juga nak paksa org melayu ckp bahasa baku memandangkan masing2 dah guna loghat sendiri sejak dari kecil. Tapi org jakarta, pada asalnya tidak gunakan bahasa melayu(Indonesia) sebagai bahasa ibunda. Jadi mereka tak warisi, mereka belajar
Analoginya begini

Kita yang bukan native speaker English akan sebut english words seperti mana ia dieja (baku). Tapi tidak bagi penutur asal English, terutamanya orang british

Water - wotah
Night - noit
What - woat
Tuesday - chusdei
Loghat KL(sebenarnya johor-riau) dah digunakan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Lepas Melaka jatuh, Sultan lari ke Johor dan tubuhkan kerajaan Johor-riau, lalu dialek ini digunakan pula di situ. Sebab itulah filem Puteri Gunung Ledang (2004) tidak gunakan sebutan baku
Ni contoh orang dari Kepulauan Riau, Indonesia yang masih menggunakan loghat Johor-Riau.
"Suka tengok filem P Ramlee cakap baku"

Sedar tak, atuk dan nenek kita yang hidup sezaman dengan p ramlee sendiri tidak gunakan sebutan baku. Filem P Ramlee pada era awalnya menggunakan sebutan baku kerana kebanyakan filem tersebut berkonsepkan bangsawan dan bergenre "dramatik"
Tapi kemudian, P Ramlee juga banyak hasilkan filem komedi yang lebih santai. Sebagai contoh filem Pendekar Bujang Lapok. Kalau anda sedar, dialog dalam filem ini agak bersahaja, dan para pelakon tidak pula gunakan sebutan baku
Mmg ada juga pelakon yang bercakap agak baku. Tapi, pelakon2 ini sebenarnya mmg berasal dari Indonesia contohnya Annie Jasmin, Mustarjo dan Momo Latiff. Video ini adalah dialog Momo Latiff yang begitu jelas loghat Jakartanya😂

"Gambar itu bercakep"

"Eyy nggak percaya si Annie"
Sebenarnya mmg ramai seniman dari Indonesia yg berhijrah ke Singapura dan berlakon dalam filem2 melayu. Sedikit sebanyak memberi kesan juga terhadap gaya sebutan dalam filem melayu pada era itu

Aziz Sattar
S Kadarisman
Maria Menado
Normadiah
Shariff Medan
Cuba dengar lagu2 rakyat dari semenanjung pula. Kebanyakannya tak guna sebutan baku

"Nenek nenek si bongkok tige"
Siang malam asyik berjage
Mencari cucu di mane ade
Nenekku kahwin dengan anak raje"

"Buai laju-laju
Sampai pokok sene
Ape dalam baju
Sekuntom bunge cine"
Malah lagu raya yang pertama kali dirakam pada tahun 1936 juga tak menggunakan sebutan baku. Perubahan akhiran A kepada E mungkin tidak sejelas sekarang, tapi sama sekali bukan mengikut sebutan A yang baku

"Selamat hari raye, sayelah ucapkan
Kepada ibu bapak, saudare sekalian.."
Saya sama sekali tidak menolak orang berbahasa baku, cuma lama kelamaan loghat kenegerian juga boleh pupus. Sama je, peranan sebutan Johor-riau sebagai sebutan standard di Malaysia juga, menyaksikan banyak loghat daerah yang mula lesap. Kita patutnya bangga dengan dialek masing2
You can follow @cumaashraf.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: