Aku perhatikan cytro Anwar bersungguh sungguh keluarkan cerita tentang Anwar. Nak tunjuk Anwar ni layak menjadi Perdana Menteri dan segala masaalah yang ada dalam negara akan selesai ditangan Anwar.

Sasaran nya ada anak muda yang cetek maklumat nya tentang siapa Anwar.
Kepada anak muda yang ada Aku hanya boleh memberi nasihat yang mana terpulang pada kamu akhirnya.

Kenal dulu siapa Anwar Ibrahim ini. Selidiki sejarah politik nya terutama kenapa Anwar dipecat Tun Mahathir 1998.
Anak muda tanya dengan orang lama apa jadi pada negara selepas Anwar dipecat.

Ambil tahu episod hitam dalam negara bila Anwar mencetuskan Reformasi jalanan yang menghancurkan harta benda awam dan menggugat ketenteraman awam.
Sejarah politik Anwar memang penuh liku liku nya tetapi apa yang Anwar perjuangkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk kepentingan dirinya menjadi Perdana Menteri.

Apa sebab Anwar beriya mahu menjadi Perdana Menteri? Kenapa begitu terdesak untuk Anwar segera diangkat?
Sedar atau tidak segala masaalah yang berlaku dalam negara hari ini adalah berpunca daripada pertelagahan Anwar dan Mahathir?

Anak muda hari ini jangan begitu mudah diperbodohkan oleh mereka ini. Cukup cukup lah zaman Reformasi anak muda dijadikan perisai berhadapan FRU
Kita tidak mahu anak muda yang ada hari ini diperbodohkan Anwar dan konco konco nya. Kita mahu anak muda hari ini matang dalam berfikir dan pastinya membuat keputusan yang bijak dan memberikan untong buat generasi hari ini dan adik adik akan datang.
Pilihan ditangan anak muda, sekali lagi kita salah memilih pemimpin maka akan hancur berderai apa yang ada.

Jangan kerana kita bersimpati dengan rekayasa omongan kosong Cyrto Anwar menyebabkan kita menyokong Anwar yang tak lagi relevan untk kita dan negara.
Moga anak muda yang membaca kenyataan Aku ini dapat berfikir panjang dan terus menyelidiki siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Ini masa depan kita Guys, masa depan kita anak muda yang ada hari ini. Jangan perjudikan masa depan kita kepada Anwar Ibrahim.

Wakeup Guys 💪🏼
Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? 💪🏼
You can follow @Sir_Azri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: