Q: Kenapa rabun tak boleh disembuhkan dengan ubat titis/ubat makan?

Ini bebenang utk penjelasan.

#MedTweetMYeye
#MedTweetMYrabun
1st, kena faham apa maksud rabun. Rabun BUKAN penyakit. Tak ada apa yang berpenyakit tentang mata orang rabun. Semua struktur adalah normal.

Cuma, cahaya tak fokus tepat atas retina. Itu sahaja. Sebab tu kita panggil ralat. Ralat refraktif. Refractive error.

#MedTweetMYrabun
Kenapa cahaya tak fokus atas retina?

1. Sebab kita mempunyai bola mata yang lebih panjang atau lebih pendek berbanding biasa.

2. Sebab kornea kita lebih cerun atau landai berbanding biasa.

3. Sebab indeks biasan struktur dalam mata kita lebih atau kurang berbanding biasa.
Apa nak heran, ada orang memang ditakdirkan terlalu tinggi, ada orang ditakdirkan terlalu rendah. Ada orang saiz kasutnya besar, ada orang saiz kasutnya kecil. Mereka semua tetap normal kan?

Ini semua variasi, ciptaan Tuhan.
Kalau ubat tu kata dia boleh merawat rabun maksudnya dia kata dia boleh buat salah satu daripada perkara ni supaya cahaya boleh fokus tepat atas retina.

- mengecutkan bola mata anda supaya jadi pendek.

atau

- menarik bola mata anda jadi panjang.

Mana satu ni?
And yup, scary.
Kalau bukan panjang bola mata, maksudnya ubat tu bertindak dengan cara mengubah kecembungan kornea supaya cahaya akan fokus tepat atas retina.

Kita tahu ubat titis/makan tak memberi tekanan secara fizikal kepada kornea.

Jadi adakah ia menghakis kornea? Sebanyak mana?
Ilmu tentang titik fokus cahaya ni bukan ilmu baru. Ibn Haytham (Al-Hazen) dah jumpa sejak lama dulu.

Dari ilmu fizik-optik ni lah kita dapat ilmu tentang refractive surgery yang ada sekarang.
Ada orang tanya, jadi betullah rawatan tradisional masukkan batu dalam mata tu boleh merawat rabun? Sebab dia menekan & ubah kecembungan kornea?

Jawabnya, betul.

Tapi sejauh mana jaminan batu tu bersih dan tak sebabkan jangkitan kornea?

Jangkitan kornea boleh menyebabkan BUTA.
Janganlah gunakan ubat titis mata yang tak pasti keselamatannya. Bahaya.

Mata kalau dah rosak, dekat mana kita nak cari spare parts. 😱

Ubat makan tu semua pun tak payah. Dah tahu tak berkesan. Takut nanti side effect rosak ke tempat lain pulak.

#MedTweetMYrabun
#MedTweetMY
You can follow @Lael_Ophthal.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: