Indonesia kini tegang akibat tindakan Kerajaan Jokowi meluluskan #OmnibusLaw untuk menangani undang2 bermasalah yg menghindarkan pelaburan asing.

Sebanyak lebih 70 undang2 & 1,200 klausa telah dipinda bagi tujuan ini.

Bro cuba jd @AymanRashdanW 😂 harap ada yg sudi baca (1/n)
Ini utk memacu Indonesia ke pendapatan per kapita 320 juta rupiah & KDNK USD7 trillion menjelang 2045.

#OmnibusLaw yg dilihat mampu mengurangkan birokrasi & menyelesaikan isu undang2 bercanggah sekaligus menarik pelaburan asing ini, dianggap mengabaikan golongan pekerja (2/n)
Presiden Jokowi dianggap mengkhianati golongan buruh yang merupakan penyokong kuat beliau selama ini.

Namun bagi beliau, #OmnibusLaw diperlukan bagi menyelesaikan masalah struktur ekonomi Indonesia khususnya dalam usaha untuk bangkit dari wabak pandemik Covid-19 (3/n)
Antara point utama #OmnibusLaw ini:
* bayaran pampasan wajib jika pekerja dipecat turun dari bayaran maksimum gaji 32 bulan kpd 19 bulan. Kerajaan akan bayar tambahan gaji 6 bulan

* syarikat boleh ambil pekerja secara kontrak sampai bila2, tak perlu tawarkan permanent hire (4/n)
* kelulusan bertulis Menteri atau pegawai bertanggungjawab untuk ambil pekerja asing tak lagi diperlukan, hanya kelulusan umum dari kerajaan pusat shj. Tak ada sekatan pekerja asing dlm mana2 industri

* Kerajaan pusat boleh tolak undang2 kerajaan provinsi dlm soal ekonomi (5/n)
#OmnibusLaw ini sekiranya membuahkan hasil mampu meninggalkan legasi buat Presiden Jokowi. Oleh kerana beliau tidak lagi boleh bertanding dalam Pilihanraya Presiden akan datang, mungkin beliau sanggup ketepikan soal politik dan fokus kepada agenda ini (6/n)
Tapi yang paling havoc, ramai kekasih gelap ahli2 parlimen Indonesia yang ugut nak bocorkan rahsia kalau mereka tak tolak #OmnibusLaw

Boleh rujuk thread bawah. Kelakar gila. Inilah warna-warni demokrasi Indonesia (7/n) https://twitter.com/tasyavww/status/1314400402104741889?s=19
You can follow @amirulhadi87.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: