Gegarrr Vagannnza season 7 is around the corner!

Are chuols ready?!

Ini ialah thread kenali peserta² GV7 beserta pelancaran kelab peminat versi nurtizen di Twitter.

**untuk daftar masuk mana² kelab, sila ikuti arahan di hujung thread ini**
1. Cliff Umar

Vokalis kumpulan Projek Pistol, dulu dikenali sebagai Boy Clifford sebelum masuk Islam.

Gosip: isu tatoo (dibuat sebelum Islam, jadi ikut hukum takpe je kan?), cerai via sms talak 3

Sebab sendu: One hit wonder dan fokus nyanyi kat kelab dan underground.
Oleh itu, diluncurkan kelab peminat:

Cliff Tetap Ori Selamanya (CLITORIS)

Niche peminat: pengunjung bistro, planet Hollywood, komuniti mualaf, komuniti suami masak apa hari ini
2. Haslinda

Popular one hit wonder Sehati Sejiwa rentetan OST drama paling ngetop 1998.

Remake Cinderella 2013 (Farah AF2 cover) & Cinderella 2017, masih tak mampu suamkan nama frozen Haslinda.Ustaz Madi dalam Nur 2 buat lagu ni up balik.

Gosip: n/a

Sebab sendu: kahwin
Oleh itu diluncurkan kelab peminat:

Hub Angkatan Sokongan Haslinda (HASIL)

Niche peminat: staf Bank Negara, acik² LHDN, mak andam pak andam Terengganu, wassap group PKPBD Klang
3. Ashira

Anak didik arwah Adnan Abu Hassan yg juga adik kepada penyanyi OHW Sasha-Setitis Embun. Antara projek arwah yang kureng meletus sebelum arwah jumpa kak Mitch.

Gosip: seksi² manjah, turut terkesan dgn covid

Sebab sendu: dominasi Siti, fokus nyanyi kelab
Oleh itu diluncurkan kelab peminat:

Angkatan Srikandi Harap Ashira Boleh ke Final (ASHOLE)

Niche peminat: penerima bantuan BRIM, BSH dan BPN, komuniti Buskers Sogo, youtuber dengan subscriber bawah 1k.
4. Rozita Izlyn

Satu batch dgn Tokti, vokal unik membuatkan arwah Adnan customade Berbalam Cintaku untuk dinyanyikan Rozita. Kini selesa makan gaji tunggu pencen di UiTM sebagai pegawai budaya (grad master dari UKM eh)

Gosip: n/a

Sebab sendu: dapat keje gomen
Oleh itu diluncurkan kelab peminat:

Barisan Netizen Penyokong Rozita Izlyn (BEZITA)

Niche peminat: staf dan pelajar baharu orientasi UiTM, acik puskeb IPT, agen dropship shopee
5. Ayu

Tak lolos OIAM1, berjaya ke musim 2 lalu kalahkan Xila Amzah, Sarah Macau, suara Ayu bernilai RM1 juta ya!

Gosip: Gurau tak kena tempat, difitnah cakap dah takde dara (zaman bujang), statement kelakar seram 'elak seks di siang hari Ramadan'

Sebab sendu: fokus agro farm
Oleh itu diluncurkan kelab peminat

Seluruh Ummah Memberi Sokongan Penuh kepada Ayu (SUMBERAYU):

Niche peminat: petani moden, pengusaha chalet dan homestay, support group kaffarah puasa.
6. Oja

Popular dengan mak sedara, Mastura lagu² loghat negeri 9, e.g Apo Kono Eh Jang, hakikatnya rodong koi lahir di Mentakab. Pernah perform di pentas akhir GV1 sebagai vokal kumpulan Spoon.

Gosip: n/a (kawen 3x sebab jodoh tak panjang)

Sebab sendu: Fokus nyanyi di kelab
Oleh itu diluncurkan kelab peminat:

Organization of United Supporters of Oja (OUIJA)

Niche peminat: ahli kumpulan FB KRT, pengunjung Mentakab Star Mall, DJ kenduri kahwin
7. Indigo

Anak didik KRU ngetop awal 2000s (lagu Sunsilk) saing Innuendo. 3/4 ahli sahaja sebab lagi sorang tak dapat pelepasan majikan. Shah Indigo merupakan suami HM Queen Liza Hanim GV4.

Gosip: Bad Indigo alami murung lepas break up dgn Amyza?

Sebab sendu: fokus makan gaji
Oleh itu diluncurkan kelab peminat:

Integrasi Ummah Mendukung Kumpulan Indigo (INDOG)

Niche peminat: pengguna produk DHerbs, Sunsilk, peminjam loan dan staf Bank Rakyat, penggemar ho ho horlick.
8. Linda

Naib juara AF2, digelar Pesona Bintang oleh Usop Selam konsert ke-2, antara pencetus kemaraan penyanyi dari Borneo dengan loghat percakapan pekat Sabah kepada Semenanjung.

Gosip: anak emas tokram, berkahwin dgn vvip

Sebab sendu: balik Sabah, fokus industri Dusun pop
Oleh itu diluncurkan kelab peminat:

Segerombolan Peminat Mahukan Linda Nanuwil ke Final (SEMPUNDAL)

Niche peminat: pendengar Dusun Sabah VFm, chatters channel @ 15 Astro, subscriber majalah Aksi
9. Aju

Vokalis kumpulan rock kapak Success yang muncul bak #cendawan kembang dengan gelombang band lain pun nama huruf S (Scoin, Sting, Screen, Spring, Slam, Spin, Spoon, etc). Wah sama berentap dengan rakan duet Rozita Izlyn.

Gosip: n/a

Sebab sendu: bukan zaman rock kapak dah
Oleh itu diluncurkan kelab peminat:

Ahli-ahli Menjunjung Aju Success Kegilaan Ummah (AJUMMA)

Niche peminat: pengunjung Funfair, keahlian automatik dengan setiap pembelian buku rujukan Success Oxford Fajar, pendengar setia Suria Cinta
10. Eva

Satu²nya kumpulan dangdut yang pernah ke akhir AJL dan diundang membuat persembahan di konsert Rhoma Irama di Indo, Linda, main vocal, juga ibu kepada Haziq Putera band. Lagu Bulan Cinta turut dirakamkan oleh Amelina.

Gosip: n/a

Sebab sendu: kahwin dan fokus bisnes
Oleh itu diluncurkan kelab peminat:

Supporters Eva Positif Anggap Eva Akan Menang (SIVAGANGGA)

Niche peminat: acik kaunter perfume Parkson, Sogo, ahli kumpulan wassap senamrobik taman kejiranan, dropship agents
11. Mus

Memulakan kerjaya bersama kumpulan rock May kemudian keluar May masuk Wings (sempat ngetop dengan Biru Mata Hitamku), pastu keluar Wings masuk May pastu keluar May masuk GV7.

Gosip: Mus bukan anak Ibrahim Pendek!

Sebab sendu: n/a
Oleh itu diluncurkan kelab peminat:

Majlis Urusetia Nak Kekalkan Mus May ke Final (MUSNAKEL)

Niche peminat: kaki DVD, local tourists ke Ipoh, bekas rempit era 80an 90an.
12. Yantzen

Pernah berkahwin dengan aktres popular Sharifah Haslinda akak Shira Ijoy, Kinah, Yantzen memulakan karier dgn kumpulan rock Singapore, Rusty Blade, kemudiannya masa Mus keluar May, Yantzen jadi vokalis.

Gosip: dikaitkan dengan dadah

Sebab sendu: bukan zaman
Oleh itu diluncurkan kelab peminat:

Warganet Menanti Yantzen Beraksi Hingga Final (NETIZEN)

Niche peminat: alumni, penghuni dan staf rumah pengasih, acik gomen di kementerian belia dan sukan, majlis ayahanda
13. Nomad

Bermula sebagai peserta mencari komposer Astro, Keynote, mula dikenali dengan Tetap Menantimu yang jadi OST Love You Mr Arrogant. Adik beradik semua lelaki (Azryn national 🏸 player)

Gosip: dibela oleh Datuk Fake no 1

Sebab sendu: kerjaya tak sustain, OHW
Oleh itu diluncurkan kelab peminat:

Ramai Peminat Enggan Nomad Tersingkir Awal (RENOMA)

Niche peminat: acik² melangut slot akasia, ahli kariah bandar Chukai, Chukai.
14. Noraniza Idris

Ratu Irama Malaysia yg bermula sebagai penyanyi lagu saduran filem Indo Malaya. Selepas beberapa kali tolak tawaran Astro, tahun ini, antara nama yg memberi kezutan sebagai peserta GV.

Gosip: dengki/sabo Siti, konsert asyik tak dapat penaja

Sebab sendu: n/a
Oleh itu, diluncurkan kelab peminat:

Supporters kak Ani Tetap Yakin kak Ani akan Beri Persembahan yang Wozer (SANITIZER)

Niche peminat: penari kebudayaan, guru² in charge persembahan pentas sekolah, zoners yang tersakiti.
Sebelum itu, berikut ialah 7 trivia ringkas peserta² GV7

1. Peserta terkertu ialah Mus May (52thn 5bln), Kak Ani (52thn 2bln) & Yantzen (51thn10bln).

Termuda ialah Ayu (31thn)

2. Peserta GV7 pernah menang AIM ialah kak Ani (album etnik, album terbaik) & Mus (album hard rock).
3. Hanya kak Ani yang pernah menang hadiah di AJL (persembahan terbaik, lagu etnik terbaik Hati Kama)

4. Selain kak Ani (10x), antara yang pernah beraksi di pentas akhir AJL ialah Cliff Umar (Projek Pistol 1x), Ayu (1x), Indigo (1x), Eva (1x) dan Mus (2x).
5. Antara bintang realiti TV yang join GV7 ialah Linda (AF2), Ayu (OIAM), Linda Eva (ICSYVMY3), Cliff Umar (Rentak Juara), Nomad (Keynote)

6. Bakal diusik Nabil ialah peserta perempuan yang single, Linda dan Ashira (single mother).

7. GV7 paling ramai peserta (14) of all GVs.
Sekian thread GV7.

Bagi yang nak join mana² kelab peminat, reply sini dengan

NAK -isi nama FC-

Anda akan diberikan soalan kelayakan dan jawatan (setelah panel berpuas hati dengan jawapan diberikan).
Disclaimer siap²: nama kelab peminat yang diusulkan ini dan bakal penubuhannya tidak mempunyai sebarang perhubungan rasmi dengan peserta² GV7.

Thread ini hanyalah bersifat suka hati suka suka sahaja dan tidak memberi sebarang keuntungan kepada mana² pihak.

#nsfw #jagajaga
You can follow @JefriAduba.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: