Setiap perkara ada zamannya untuk dihakimi. Jadi, dalam menilai tweet ini, kita kena pakai kaca mata yang sesuai. Bukan semua neraca pertimbangan pada zaman moden sesuai digunakan untuk menghakimi masa dahulu.
#inithread
#inithread
Zaman tu, perempuan mana keluar bekerja macam hari ini. Perempuan duduknya di rumah. Perempuan tak ditayang pada masyarakat sesuka hatinya dengan solek tabaruj fesyen menyalahi syarak. Silap-silap rupa anak perempuan kau dengan bini kau pun jiran tak tahu.
Dan adat merisik yang wujud sampai hari ini antara salah satu sebabnya sebelum nak menikahkan anak kau dan orang lain, deme nak tengok dan siasat dulu siapa anak perempuan kerana betapa bersantunnya orang dahulu menghormati kehormatan wanita sampai wajahnya pun menjadi rahsia.
Sebab itu dulu bersanding atas pelamin masa berkahwin tu perlu sebab nak masyarakat kenal wajah isteri kau agar tak jatuh fitnah bila ditangkap berdua-duaan. Biar masyarakat kenal siapa isteri kau masa hari perkahwinan sebab selepas ini, jarang dah deme akan jumpa bini kau.
Bukan macam kau hari ni, daripada yang berpurdah sampailah yang freehair, setiap hari dok tayang gambar kat media sosial untuk tatapan kat lelaki-lelaki ajnabi diluar sana. Yang berurusan di luar ni kerja kaum lelaki jer.
Kaum lelaki pulak keluar matahari belum naik atas kepala, balik bila matahari dah tenggelam. Biasanya anak lelaki akan ikut sekali bekerja. Itu belum kira kalau zaman lagi awal di mana orang lelaki Melayu akan keluar berdagang ke merata dunia,
Balik hanya berbulan-bulan, jadi anak-anak ditinggalkan dengan ibu. Anak lelaki akan dibawa belayar sekali untuk diajar ilmu berdagang dan perlayaran. Jadi, bila si ayah yang balik penat-penat membanting tulang, tak hairanlah ada budaya seperti itu.
Kerja zaman dulu bukan gaya kau duduk dalam opis ada aircond, duduk depan PC. Kerja zaman dulu kena bukak hutan beribu-ribu ekar, bertani dari pagi sampai malam. Atau meredah lautan beribu batu jauhnya, singgah di bumi asing di Timur dan Barat demi sesuap nasi.
Kaum perempuan zaman tu memahami. Jadi, demi menghargai penat lelah si ayah dan lelaki pada zaman itu memastikan dapur berasap, makanya si isteri akan melayan si suami dan kaum lelaki dengan penuh berkasih sayang bagai raja.
Kalau yang balik dari berlayar selepas berbulan-bulan, lagi tak beradab kau rembat makanan sebelum si ayah makan. Setiap perkara ada zamannya untuk dihakimi.
Kalau semua nak pakai kaca mata moden, tok kau umur 20++ kahwin dengan nenek kau masa umur 12 tahun dulu dah kira pedophile dah atuk kau tu.
Kalau nak hakimi semua perkara ikut kaca mata moden, dah kena sebat aku rasa pergaulan anak muda sekarang tak patuhi langsung iktilat. Jadi, setiap perkara ada zamannya.
Dan budaya ni makin pupus sebab tanggungjawab dan peranan golongan wanita hari ini dengan dulu dah tak sama.
Ayah Chik, Pak Long, Mak Ngah, Uwan, Nenda apa semua tu masih amalkan lagi tu, lantak pi lah.
Orang tua kot. Nak ubah memang susah.
Ayah Chik, Pak Long, Mak Ngah, Uwan, Nenda apa semua tu masih amalkan lagi tu, lantak pi lah.
Orang tua kot. Nak ubah memang susah.
Kita tua nanti pun entah boleh terima ke tidak dengan perubahan anak-cucu-cicit kita. Entah-entah kita pun degil tak berubah. Anak-anak, cucu-cicit kita pula nampak kita 'obsolete' lagi kuno.
Jadi, setiap perkara ada zamannya. Role wanita dan lelaki pada zaman tok nenek kita adalah berbeza seperti hari ini. Keadilan itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maka letaklah budaya pada zaman tersebut pada tempatnya.