Anjing adalah haiwan yang telah terbukti cerdik, mempunyai deria bau yang kuat, boleh mengikut perintah dan sangat setia. Oleh sebab itu, seekor anjing bernama Lao Wu dalam Unit K9 PDRM telah menjadi anjing pertama terima pingat ‘Jasamu Dikenang’ oleh Kontinjen Polis Pahang.
Lao Wu; seekor anjing jenis German Shepherd yang berusia 5 tahun 8 bulan telah berjaya membawa pasukan polis menemui penjenayah yang melarikan diri. Operasi yang bermula jam 1:50 pagi itu telah membawa penemuan sehelai baju bertompok darah yang ditemui 50m dari lokasi permulaan.
Berpandukan bau darah pada baju penjenayah tersebut, Lao Wu membawa pasukan polis tersebut ke sebatang sungai sekitar jam 4:00 pagi. Terkejut melihat tindakan Lao Wu melompat masuk ke dalam sungai untuk ke seberang, polis percaya penjenayah telah menyeberangi sungai.
Sarjan S.Sanmugam iaitu rakan sekerja Lao Wu merangkap penjaganya menceritakan bahawa tindakan Lao Wu itu ternyata membuahkan hasil apabila polis berjaya memberkas penjenayah yang dicari itu di sebuah rumah pada jam 10:45 pagi keesokan harinya.
Selain Lao Wu, seekor lagi anjing baka yang sama bernama Urby berusia 12 tahun turut menerima pingat pada 2019 oleh Ibu Pejabat Polis KLIA apabila berjaya mengesan seorang mayat warga Bangladesh yang dilaporkan hilang 12 hari sebelumnya.

Gambar: Urby bersama Koperal Umbat.
Seekor lagi anjing jenis Labrador bernama Sarjan Tho turut pernah dilaporkan media apabila kematiannya diratapi dan pengebumiannya dilakukan dengan terhormat. Sarjan Tho mati akibat sakit tua; pernah berkhidmat di bahagian narkotik IPK Pahang dan berkhidmat sejak 2008.
Fun fact: Sarjan Tho mati ketika berusia 12 tahun 8 bulan. Umur Sarjan Tho tersebut jika hendak dibandingkan dengan manusia adalah 84 tahun. Sarjan Tho menghembuskan nafas terakhir jam 7:30 malam pada 20 September lalu ditemani rakannya baiknya Sarjan Patrick.
Unit K9 (canine) PDRM telah ditubuhkan pada tahun 1968. Kesemua anjing unit ini diimport daripada luar negara seperti China, Jerman dan UK. Sebaik tiba di Malaysia, mereka akan dilatih di PULAPOL selama 4 bulan. Setiap anjing Unit K9 hanya ada seorang rakan sekerja.
Boleh tonton video perkongsian oleh PDRM ini kalau nak kenal lebih lanjut dengan Unit K9 PDRM. Terima kasih semua anjing Unit K9! Jasamu dikenang! 🙏🏻❤️

https://www.facebook.com/161086313901684/posts/2504219329588359/?vh=e&extid=0
Sumber: Facebook rasmi PDRM.
You can follow @JatIkhwan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: