Fail forensik: Skandal Perolehan TLDM

Ini salah satu kes money laundering & specialized fraud

Kes pegawai TLDM songlap duit jab perolehan bermula bila ada peniup wisel. mana tidaknya, level pegawai pakai jam LV Patek, Tag Heuer & Frederique Constant, 13 kereta mewah inc lambo
OPS Sealord SPRM

kes ini disiasat mengikut AMLATFPUAA.
Ia melibat 5 pegawai berpangkat kapten dan leftenan. Semua di bawah satu procurement department. Mana2 jabatan kerajaan, kalau jaga procurement mmg panas.
sebab itu, dinasihatkan pegawai atau ketua jabatan yg bertugas terlalu lama di sesuatu tempat, dia akan terdedah kepada familiarity dlm jabatan itu, dan dia tahu loop holes kelemahan2 dalam SOP. Ini lah yg org selalu sebut "familiarity risk"
Sekarang, kalau jabatan procurement kerajaan, biasanya ketua jabatan akan di"rotate" dengan orang baru. Of course, ada kelemahan SOP juga sebab orang baru nak kena train, nak kena biasakan tatacara perolehan dsb.
Kalau org ada amanah, berat nak masuk jabatan nih. org yg takdak integriti, nak masuk poket sendiri; mmg sukalah masuk perolehan ni.

Ops Sealord ini dilancarkan oleh SPRM. berdasarkan redflags & whistle-blower, gaji biasa tetapi berbelanja mewah melebihi pendapatan.
Bagaimana modus operandi mereka ini? Sudah tentunya kena bersubahat dengan supplier.

Dlm kes ini, supplier menjadi saksi SPRM.

1. Supplier kena fictious supplies atau barang pirate, mark up sampai 1000%.
2. Semua perolehan yang dibuat secara recurring berjaya bypass procedure perolehan kerajaan; kalau contohnya, perolehan 1 juta mesti melalui tender, jawatan kuasa tender dan sebagainya.

jadi, mereka ini agak cerdik, mereka pecahkan perolehan ini kpd bentuk pesanan yang kecil.
Pesanan 1 juta cthnya, dipecahkan jadi 100 Purchase order. So, tak perlu trigger process tender. Supplier ini ada 23 syarikat merujuk kpd 2 individu sahaja yg namanya hussin & nasir.

Hussin & nasir ni lah mengatur pembayaran kepada 5 pegawai ini.
Ketika serbuan tangkapan dilakukan, wang dlm acct bank 23 juta, 13 kereta mewah, jam berjenama, & wang tunai 200k.

Kita tgk 1st defendan kpt Aziz:
1. Menerima jam rolex 57k
2. Menerima chq rm300k
3. Telegrafik transfer RM30k
4. Chq 60k
5. Cash RM300k
6. Menerima debit card 267k
Pesalah kedua Lt. khairul izwan:
1. Menerima tunai 200k dari hussin
2. 500k dari hussin
3. 200k dari hussin
4. 500k dari hussin
5. Menerima debit card bernilai 100k dari Nasir
Pesalah ketiga rizalman:
yang ni cerdik skit menggunakan mule account:
1. menerima RM175k melalui akaun suriati
2. 15k akaun suriati
3. 128k akaun suriati
4. 200k akaun suriati
Pesalah ke-4 rozlin (isteri kpd rizalman 3rd defendant)
1. Terima 30k dari Hussin
2. terima 200k dari hussin
3. terima 54k dari hussin

Pesalah ke-5
menerima jualan suapan sebanyak 5 kali dgn jumlah RM142k.
Ke semuanya didapati bersalah & mereka kena dishonorable charges oleh TLDM.

Seperti biasalah, songlap duit berjuta2, kena tahu nak sorok. tunjuk beli kereta mewah, pakai jam rolex, patek. jgn ingat takde org perhati, guna teknik smurfing tp masih berisiko tinggi sbb big amount.
scammer ni kena buat improvement skit lah modus operandi smurfing nih, pergi la masuk swiss account ke;

Master planner dah ok, dia pelbagai mode of payment, pakai TT, pakai debit card, cheque etc. Yg ni scammer yg sangat innovative dan kreatif.
Kalau tgk scammer 101 process di atas:
1. Kena ada kerjasama dgn pihak ke-3. U nak scam sorang2 dpt skit. Ia adalah satu ekosistem melibatkan byk pihak. nak scam sorang2, pergi meragut lah senang. Meragut sikit je dapat RM100-200. kalau ada rezeki, orang keluar bank cash 10k .
2. Lagi sekali, menunjuk-nunjuk banyak harta. Kalau ada orang report tuh, bukan bermakna org dengki kau pakai kereta mewah. Ni report je, ada orang dengki dgn business aku lah. Bill gates, Bezos, Zuckerberg; ada ke diaorang share cold hard cash kat socmed?
3. Covert ops takkan lah pakai uniform & pengintipan mengambil masa. takde lah tiba2 terus nak gi serbu. SPRM, PDRM, LHDN etc, kenalah dapatkan bukti. bukti pun akan disoal-balas dalam mahkamah.

They know your movement, money trail, meeting etc
kalau nak scam, libatkan isteri, senang sgt la nak trace. Takpe boleh libatkan isteri but not as a main player kalau dah sehati sejiwa sangat kan.

isteri sebagai coordinator, nanti masuk ke dalam, takde lah sama2 masuk, mungkin tempoh pendek skit ke. kena cerdik lah bab nih.
4. selalunya scammer ni kurang bab perancangan kewangan, buat lah financial planning sikit, dont put all eggs in one basket la. buat satu peti besi, tanam kat mana2. kalau kena tangkap, keluar penjara at least ada back up skit. u need to have ur retirement plan bro 😂😁
Once u serve the time, "double jeopardy", u cannot be charged twice for the same crime. kira halalan thoiyyiban lah kan.

Zayed
09.10.2020
Diari Forensik
You can follow @ZZulfikli.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: