Politik adalah sains dan seni mengurus pelbagai kepentingan berbeza. Semua orang ada kepentingan masing-masing dan mereka ini dipanggil sebagai pemegang taruh (stakeholders). Semua mahukan byk perkara, tetapi dalam sesuatu masa politik lazimnya tak mampu beri semua setiap masa.
Bila ahli politik membuat rundingan (engagement), lazimnya mereka akan dgr semua tuntutan drpd setiap kelompok pemegang taruh. Antara satu kelompok dgn kelompok lain mungkin ada tuntutan yg sama dan pasti ada yg berbeza. Kadangkala perbezaannya fundamental. Byk masa tidak.
Persamaan dan perbezaan ini dicorak oleh byk faktor misalnya nilai, pandang alam, adat, agama, budaya, pendidikan, kemampuan ekonomi dan sebagainya. Sebab itu kemahiran tertinggi yg diperlukan utk jadi ahli politik ialah Diplomasi.
Politik wujud kerana manusia tidak boleh bersetuju 100% dalam semua perkara. Sistem politik yg dibentuk dari zaman ke zaman bertujuan utk menginstitusikan perbezaan pandangan. Kalau zaman dulu perbezaan tajam mungkin dibawa berperang, berbunuhan. Lazimnya kuat tindas yg lemah.
Demokrasi juga mengambil byk bentuk berbeza. Lihat saja di Amerika, di Jerman, di Malaysia dll. Demokrasi menyediakan ruang anjal untuk ia berubah. Namun menjadi sebuah negara Demokrasi tidak beerti elemen2 anti-demokrasi itu tidak wujud. Ia wujud kerana kecenderungan kawalan.
Jika zaman dulu atau dalam sistem lain wujud manusia berjiwa penindas, tetap ada manusia berjiwa penindas yg mahu mendapatkan kuasa melalui demokrasi. Jangan lupa demokrasi telah melahirkan Hitler. Ya, demokrasi juga membenarkan Trump menang sebelum ini.
Tapi demokrasi juga boleh diancam oleh mereka yg bercakap ttg kebebasan. Ia berlaku apabila kebebasan menjadi nilai tunggal yg diperjuangkan tanpa mempertimbang nilai keadilan dll. Sepanjang zaman manusia tidak hanya bercakap ttg satu nilai.
Reinhold Neihbuhr dalam karyanya The Children of Light and the Children of Darkness menulis: “keinginan kepada keadilan memungkinkan demokrasi berlaku tetapi kemahuan kepada kezaliman menjadikan demokrasi sebagai keperluan.”
Ia memberi isyarat bahawa demokrasi boleh saja digunakan untuk kepentingan2 yg membelakangi nilai moral kepimpinan. Dulu ada yg menjustifikasi bahawa ISA boleh diteruskan sebab rakyat tetap sokong kerajaan. Begitulah liciknya orang politik!
Sebab itu penting menghadam kecenderungan yg dinyatakan Alexis de Tocqueville ketika mencerap pengalaman Amerika dalam karyanya Democracy in Amerika, betapa kecintaan kepada kebebasan dan keadilan yg memungkinkan demokrasi hidup harus menjadi tabiat hati “habits of the heart.”
Sejak 90-an ramai pengkaji demokrasi spr Huntington, Fukuyama dan Larry Diamond melihat konflik2 baru yg mungkin muncul selepas era Perang Dingin. Defisit demokrasi ditunjuk melalui pelbagai data. Indeks Demokrasi dibangun oleh The Economist utk memantau perkembangan ini.
Konflik mmg sentiasa ada dlm sistem apa pun. Cuma demokrasi, sama SPR sistem lain, menyediakan kaedah yg lebih diterima krn konsep penyertaan (participatory). Yes, it is a very noisy process. Kecepatan konflik yg didorong oleh kemunculan media baru mewujudkan rasa hilang kawalan.
Selain cabaran jurang digital yg berlaku kerana kemiskinan dan menjadikan ramai tidak cukup maklumat bahkan tiada maklumat, ia juga memberi ruang kepada pemalsuan maklumat (disinformation). Wlpn begitu, ramai masih teragak2 utk menjamin kebebasan maklumat.
Atas faham ini, saya melontar pandangan ttg keperluan gangguan (disruption) dalam demokrasi di byk pertemuan pemimpin muda serantau, di luar negara dan di dalam negara. Saya lanjutkan juga di Parlimen. Krisis menyediakan ruang utk kita berinovasi. Mesti lebih berani.
Dlm wacana politik-ekonomi ada konsep kemusnahan kreatif (creative destruction). Anwar Ibrahim meminjam pandangan Schumpeter ini ketika mahu ambil peluang pulihkan institusi2 lewat krisis kewangan Asia pada lewat 1990-an.
You can follow @NoorAminAhmad.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: