Bila makan di rumah Ayah Long. Ada peraturan yang mana lelaki mesti suka.

1. Air basuh tangan kena ada
2. Lelaki makan dulu, wanita standby tengok apa tak cukup.
3. Apa yg tak cukup, wanita yg cukupkan.
4. Sudah makan, laki tak dibenarkan angkat pingga ke sinki atau cuci.
Aku dah banyak kali kena marah dengan Enda (Isteri Ayah Long) sebab pi cuci pinggan lepas makan. Katanya tugas lelaki adalah makan sahaja. Memasak, menghidang dan mengemas adalah tugas wanita

Nampak macam mendikriminasikan wanita kan? Tapi ini la adat org dulu-dulu.
Tak sempat nasi dalam pinggan habis, air dalam gelas habis, Enda akan standby dah siap-siap ceduk nasi dan nak tuang air dlm gelas. Memang teliti dia tengok laki tengah makan.

Sesudah lelaki siap makan, baru wanita akan makan dan membawang sesama sendiri. Itu yg aku perhati 😂
Mungkin ini yang dimaksudkan dengan,

'Kalau nak pikat suami, ikat perut suami.' (Masakan dan layanan)

'Jaga perut, bawah perut suami.'

Tapi dalam konteks ni, perut ajelah. Bawah perut tu aku tak tau. Mungkin org dah kahwin boleh bagi sepatah dua kata 😂
Enda adalah singkatan dari perkataan 'Bonda'. Jadi ada segelintir mak sedara aku, aku panggil enda yang bermaksud bonda.

Bonda bermaksud ibu.
You can follow @wanyusri16.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: