Antara rukun Islam ialah solat.

Namun, ada golongan yang tolak wajibnya solat fardu.

Mereka tunggang ayat Al-Quran untuk tegakkan pendirian mereka dengan etimologi kalimah Solat.

Ini hujahan dan jawapan terhadap mereka yang tunggang kaedah bahasa Arab dalam tafsir Al-Quran.
Menurut antihadis, solat dalam Al-Quran bukan solat menurut istilah syarak:

أقوال وأفعال مفتتحة بالتكبير مختتمة بالتسليم غالبا
Kata-kata dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam

Menurut mereka, ini bukan maksud solat yang diperintahkan Allah.
Mereka 'cerdik', jadi mereka guna etimologi bahasa Arab bagi kalimah solat.

Antara makna solat dari segi bahasa ialah:

الدعاء
Doa.

Bagi penuntut ilmu agama, ini erti yang terkenal.

Namun, ada erti lain yang kurang diketahui orang ramai namun dieksploitasi.
Kalimah
صلو

iaitu akar bagi kalimah solat, juga bererti mengikut rapat.

Dalam perlumbaan kuda:

Katakan ada 2 kuda; kuda A dan B.

Kuda A mendahului dan kuda B mengikut rapat kuda A.

Maka, dikatakan kuda B sebagai:
مصلى
yang bererti kuda yang mengikut rapat.
(Lisanul Arab)
Maka, mereka yang tolak solat ikut syarak berhujah:

A. Solat yang disuruh Allah SWT ialah doa.
B. Solat yang disuruh Allah SWT ialah mengikut rapat perintahNya.

Untuk kuatkan hujah mereka, mereka salahguna ayat:
الذين هم على صلاتهم دائمون
(Surah Al-Maarij:23)
Dalam surah Al-Maarij, Allah SWT berfirman bahawa golongan yang bersolat selamat daripada azab Allah SWT.

Menurut golongan ini, kalimah Daim yang disini bererti berterusan (constant).

Mustahil untuk manusia berada dalam keadaan solat (solat ikut syarak) sepanjang masa.
Mereka kata: solat dalam Al-Quran bukan bererti solat ikut syarak kerana tak ada manusia bersolat tanpa henti, 24/7.

Rasulullah SAW pun tak buat.

Mereka berkata:
Solat yang dituntut dalam Al-Quran ialah mengikut rapat perintah Allah SWT atau berdoa secara berterusan.
Jawapan kepada kesalahan mereka:

1. Solat ialah lafaz yang ada pelbagai makna.

Solat boleh membawa erti:
A. solat yang diamalkan (istilah syarak)
B. doa (bahasa)
C. mengikut rapat (bahasa)

Di sinilah pentingnya ilmu Usul Fiqh dalam menafsir Al-Quran.
Kaedah Usul Fiqh menyebut:

فإن كان مشتركا بين معنى لغوي ومعنى اصطلاحي شرعي، وجب حمله على المعنى الاصطلاحي

Bila ada lafaz musytarak (lafaz dengan beberapa makna) yang ada makna bahasa dan istilah syarak, wajib utamakan makna istilah syarak dalam memahami nas Al-Quran dan Sunnah.
Pengecualian dalam kaedah ini berlaku jika ada petanda/qarinah yang Allah SWT/Rasulullah gunakan kalimah dengan konteks bahasa.

Contoh, Al-Ahzab:56;
إن الله وملائكتة يصلون على النبي

Allah tak bersolat yang dimulai dengan takbiratul ihram pada Nabi dalam ayat ini.
2. Banyak ayat tentang solat jadi mengarut jika diertikan ikut bahasa.

Contoh:

ياأيها الذين آمنوا إذا قمتم إلى الصلاة فاغسلوا وجوهكم...
Wahai orang beriman, apabila kalian dirikan 'solat' basuhlah wajah kalian
(Al-Maidah:6)

Takkan setiap kali nak berdoa kena basuh muka?
Atau takkan setiap kali nak mengikut perintah Allah kena basuh muka, lengan, kepala?

Lebih dahsyat lagi, jika kita ambil tafsiran songsang daimun iaitu constant/berterusan, ia bererti kita kena berterusan basuh muka, lengan, kepala...

Adakah itu yang Allah SWT kehendaki?
Dalam Surah Al-Baqarah:238,

حافظوا على الصلوات والصلاة الوسطى

Bagaimana hendak terjemah dan fahami ayat ini jika Solat di sini bererti doa/mengikut rapat perintah Allah?

Ada 'doa tengah' kah?
Ada 'ikut perintah Allah secara rapat di tengah' kah?

Haa...sudah. Pening kepala.
Tapi ada jargon Solat Daim.

Mereka kata: solat daim (Al-Maarij:23) bererti kita mesti dalam keadaan bersolat 24/7.

Jadi, mustahil solat yang Allah SWT perintahkan ialah solat fardu yang kita takbir, rukuk, sujud, tahiyat.

Mana ada manusia mampu?

Apa jawapan balasnya?
Dalam Al-Maarij:23,
الذين هم على صلاتهم دائمون

Daimun berasal dari akar kata

دام

Antara maksud dama ialah:
1. Konsisten selamanya
2. Constant
3. Bertahan

Jika kita pelihara solat fardu secara konsisten, ia menepati maksud dama/daim yang dituntut dalam ayat ini.
Ini bertepatan dengan firman Allah SWT untuk menjaga solat dalam Surah Al-An'am:92

وهم على صلاتهم يحافظون

Kita dituntut untuk memelihara solat secara konsisten, bukan rukuk dan sujud selamanya tanpa henti sehingga mati seperti yang disalahfahami golongan tertentu.
Bahkan, pemahaman ini menepati tafsiran ulama muktabar tentang solat daim seperti dalam tafsir At-Tabari dan ibn Kathir.

Dalam tafsir At-Tabari, dikhabarkan bahawa solat daimun dalam ayat 23 Surah Al-Maarij ialah solat 5 waktu, solat fardu.
3. Sebenarnya tak berlaku pertentangan antara ketiga-tiga makna.

Hal ini kerana solat ikut syarak juga ada doa.
Cuba renungi surah Al-Fatihah.

Ketika kita dirikan solat, kita juga berdoa kepada Allah SWT.

Malah, dirikan solat bererti kita mengikut rapat perintah Allah SWT.
Jadi, jika lihat golongan tunggang ayat Al-Quran atau jargon seperti Solat Daim, solat = ikut perintah Allah,

Jangan tertipu.

Rasulullah SAW pun solat fardu.

P.s:
1. Jangan lupa solat.
2. Takrif solat dari Yaqut an-Nafis. Taip dari memori, kalau ada silap tolong tegur.
You can follow @ahnewyear19.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: