Fail Forensik Akaun: Projek FELDA Ikan Sturgeon Rugi RM47.6 juta

Seperti yg kita ketahui ikan sturgeon menghasil telur yg boleh dimakan sbg caviar. Caviar delicacy yg eksotik mahal harganya yg bisa mencecah 7,000 – 10,000 USD sekilogram

Ini adalah thread, kronologi & ceritanya
Mungkin kerana harga yang sangat mahal dan sukar didapati, mungkin sebab itulah felda ini cuba menggunakan platform FELDA transforvasi untuk mempelopori projek ikan sturgeon. Projek ini dikatakan dapat menjana pendapatan RM360 juta setahun.
Pengurusan felda ketika itu juga telah memanggil wartawan dan peneroka FELDA to convince them that this project can give benefits and profits to them. Mereka menyasarkan penghasilan 30 tan metrik caviar.
Suspek – 5 orang
1. Ex Pengarah Besar FELDA: Datuk Faizoull
2. Ex Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) FELDA: Muhammad Sufi Mahbub
3. Ex Pegawai kanan yang kini menjawat jawatan sbg Head of London Properties di FELDA Investment Corporation Sdn Bhd
4. 2 org pegawai FELDA
Hukuman: 2 tahun utk Faizoull dan Muhammad sufi 5 tahun penjara

Lokasi kejadian: Bangunan Wisma FELDA

Tarikh penyelewengan: 12 Januari – 23 Julai 2014
Kronologi:

1 Januari 2013: FELDA telah menubuhkan Unit Pengurusan Transforvasi untuk mewujudkan pelbagai aktiviti perniagaan berpendapatan tinggi kepada FELDA pada 1 Januari 2013. Berdasarkan kepada objektif ini, maka projek ikan sturgeon menjadi salah satu cadangan.
4 Julai 2013: Lembaga FELDA telah meluluskan cadangan Projek Penternakan Ikan Sturgeon secara dasar tertakluk kepada kajian terperinci yang perlu dibentangkan kepada Lembaga FELDA untuk kelulusan.

17 Julai 2013: FELDA telah menubuhkan FELDA Korea Malaysia Sdn Bhd.
7 Januari 2014 - 27 Februari 2014: FELDA Carviartive Sdn Bhd telah ditubuhkan pd menandatangani 2 perjanjian dgn 2 syarikat Korea. Perjanjian tersebut adalah Technology Transfer & Supply Agreement (TTSA) yang bernilai USD10 juta;
Design & Build Contract Agreement (DBCA) yg bernilai USD35 juta. Walau bagaimana pun, pengurusan FELDA pada masa itu tidak membentangkan laporan kajian terperinci projek kepada Lembaga FELDA sebelum projek ini diteruskan.
Mac 2014: FELDA Carviartive Sdn Bhd telah melaksanakan design & build; civil work di lokasi projek di Kuala Tahan bermula.

Julai 2014: Kerana terdapat beberapa keraguan, Lembaga FELDA telah meluluskan penubuhan jawatankuasa khas pd utk menilai & mengkaji semula operasi syarikat2
Jan 2015: Hasil kajian ini dibentangkan kpd Lembaga FELDA.

Feb 2015: Utk memastikan tadbir urus yg baik, pengurusan FELDA telah membubarkan Unit Pengurusan Transforvasi & kesemua projek yg sedang dilaksanakan olh unit yg diletakkan dibawah pemantauan bhgn Pelaburan & fin dept.
5 Februari 2015: JAS Pahang telah memutuskan utk tidak meluluskan tapak projek di Kuala Tahan sebagai tapak Projek Penternakan Ikan Sturgeon.

2 Februari 2016: Keputusan position review & legal review telah dibentangkan dlm mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA utk diambil tindakan.
Root cause:

External Auditor mendapati:
a. ketidakpatuhan kepada manual dasar dan strategi pelaburan FELDA;
b. kelemahan tadbir urus
c. kelemahan di dalam pelaksanaan dan pemantauan projek.
Tertuduh telah melakukan criminal breach trust dengan meluluskan pembayaran tanpa kelulusan Lembaga pengarah FELDA atau Jawatan Kuasa Tender FELDA yang
dibayar kepada I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd melalui FELDA Caviartive Sdn bhd.
Untuk makluman, FELDA Cavartive juga terlibat dalam projek Restoran Savaro dan Projek Pastri Schneeballen yang juga rugi berjuta2 ringgit. peralatan kulinari terpaksa dilelong.

Kegagalan FELDA transforvasi kerana menceburi bidang di luar kepakaran dan core business FELDA.
Menjadi persoalan bagaimana bayaran sebesar itu boleh terlepas dari Bahagian kewangan. adakah SOP tidak jelas yg mana kelulusan wang sebanyak itu mesti diluluskan board of directors atau tender commitee?

ini kira projek tipu orang kampung yg tak tahu mende pasal ikang sturgeon.
You can follow @ZZulfikli.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: