Kenapa perlu PAUSE kalau boleh PLAY?

Ini adalah bebenang.
Tular hari ini apabila Parti MUDA memulakan kempen yang dinamakan #PauseMalaysia. Mereka turut menggariskan 3 Desakan Pause Malaysia seperti tertera dalam poster.
Sepintas lalu, ia tampak menarik dan jelas bermaksud baik. Situasi pandemik COVID-19 di Malaysia yang semakin kritikal memerlukan kita semua bersatu menentang musuh yang jelas dan nyata. Ini bermakna perbezaan politik perlu diketepikan demi kebajikan rakyat dan masa depan negara.
Tapi, keadaan semasa menjadikan cita Pause Malaysia ini lebih kepada idealis dari realis. Ia murni, tapi tidak pijak di bumi nyata. Ia mungkin boleh dilaksanakan, tapi hanya jika kita sedang berdepan dengan kerajaan yang ikhlas, jujur dan efisien dalam menangani krisis pandemik.
Namun, apa kita alami hari ini adalah kerajaan yang galakkan lompat parti, rampasan kuasa, lantikan berkepentingan, layanan dua darjat dan sebagainya. Walaupun Abah Kau berulang kali sebut tidak mahu berpolitik semasa pandemik, hakikatnya dia lah yang paling banyak main politik.
Maka, mewujudkan jeda (pause) dalam hal kepolitikan hanya ibarat memejam mata terhadap ketidakadilan dan salah guna kuasa yang telah, sedang dan akan berlaku. Bahkan, 3 desakan MUDA tadi sebenarnya adalah perkara yang kerap dilanggar oleh PN tanpa kepedulian pada rakyat.
Tempoh Berdamai, Tidak Ada PRU dan Duduk Semeja semuanya tidak dipedulikan PN.

Entah berapa kali PH hulur salam damai, tapi satu demi satu kerajaan negeri PH tumbang dirampas PN secara khianat.
Cakap2 PRU juga, adalah gendang perang yang kerap dipalu dari sebelah PN, oleh UMNO, PAS dan Bersatu demi menaikkan majoriti mereka dalam parlimen.

Dan jika duduk semeja mahu diadakan, sedarlah berapa kali kerajaan PN mengabaikan kerajaan negeri PH dalam polisi penting pandemik.
Tak dinafikan, Pause Malaysia niatnya baik. Tapi tak kena pada tempat. Kita tidak boleh jeda bila berdepan lawan politik yang bercakap tentang 'scheme of things' dan sentiasa berkomplot untuk kuasa.
Jadi, buat apa lagi mahu PAUSE?

Terus sahaja tekan butang PLAY. Jalan terus, demi Malaysia yang lebih baik.

#PlayMalaysia
Tapi kalau tak mahu PLAY, boleh juga REWIND. https://twitter.com/Jimbotiram/status/1313832008196317184?s=20
You can follow @MySolidaritas.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: