Boleh ke kalau kita tak ada office, tapi kita ada 20 team sales yg bekerja di rumah mereka dan setiap orang ni bawa sales 20-30k sebulan, seorang?

Jawapannya.

Boleh.

Ada cara.

Ini adalah thread..
Tadi tweet pasal cara nak manage. Tapi tukar.

Sebelum nak manage tu, nak kena tahu dulu, team sales ni apa ke bondenyee.

So thread ni sambung pukul 10 malam ni.

Sila park https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="😂" title="Gesicht mit FreudentrĂ€nen" aria-label="Emoji: Gesicht mit FreudentrĂ€nen">
Okay kita start awal. Pasal remote team sales ni, usually bila aku dipanggil untuk berkongsi dengan rakan2 usahawan, slot aku usually 4 jam.

4 jam pon tak habis cover sebab aku tend to share the details.

So thread kali ni, aku share basic dulu lah. Then you can ask me later.
Ada banyak sistem atau method yang boleh jana jualan. Macam ecom, chatbot, sistem agen/stockist, affiliate, team sales dan sebagainya.

So thread kali ni akan fokus pada team sales. Dan seterusnya baru masuk part remote team sales
Team sales ni tugas dia adalah untuk menghasilkan jualan. Kebiasannya, standard setup ni adalah depa ni duduk di office, bergaji, dan ada komisen.

Setiap jualan yang dia buat, dia ada komisen.

Basic mungkin mula dari RM1200 + 1% komisen. Komisen berbeza mengikut syarikat.
Dalam team sales, ada hierarchy dia juga. Macam Team leader kepada team sales.

Team leader komisen biasanya basic + komisen sales personal + profit sharing.

So ada team leader yang aku kenal, gaji paling kurang RM10k - RM15k sebulan.

Jualan team dia 6 -7 figures a month
Masyuk? Masyk tu masyuk la. Bila sales drop? Pening kepala depa nak kena jawab.

So aku tak nak cerita bab team leader ni - kita cerita basic je malam ni.

Soalan biasanya aku dapat, business macam mana yang sesuai dengan team sale?
Business yang sesuai dengan team sale apabila business kau boleh generate lead atau prospek.

Atau bahasa mudah, lead gen.

Beza team sales dengan agen ni dia mudah je.

Agen nak buat sale, dia kena buat marketing, kena promote.

Team sale nak buat sale pula?
Lead atau prospek untuk team sale biasanya diberikan oleh syarikat, marketer dalam syarikat, atau marketer luar.

Sehari, seorang team sale akan diberikan maybe 10 nombor prospek untuk dia close.

So dia perlu close customer tu, menggunakan apa jua cara asalkan tak menipu.
Kalau syarikat tu ada 10 orang team sale, dan minima lead diberikan adalah 10, maksudnya, marketer atau marketing effort mesti produce 100 lead sehari.

Sebulan? 3000 lead.

Otherwise, target sales takkan capai.

Berapa nak spend? Itu cerita lain hari hehe.
Kenapa ada orang jadi team sale?

Kena ingat, tak semua orang pandai promote, pandai sharing2.

Ada orang, dia tak pandai or dia tak suka, tapi kalau diberikan prospek, confirm close.

So orang begini, dia sangat sesuai untuk jadi part of the team sale.
Kalau dia pandai promote, pandai closing, better dia jadi agent or stockis kan? Sebab margin pon tinggi.

So dekat mana nak cari?

Banyak cara - kalau tengok dekat mudah ke atau mau kerja, banyak je yang cari "sales exec" ni. So mostly, team sales.
Katakanlah kita tak ada kemampuan nak bayar gaji basic bagai ni kan, so apa kena buat?

Promote saja dekat Facebook, rakan2, tengok siapa yang minat. Itu la aku buat dulu.

Dulu aku offer komisen 10%.

Kalau sale RM10k, dapat la komisen RM1000. Kalau sale RM30k? haa kira.
Agenda team sales ni agenda yang berat kalau nak betul2 scale.

Ni contoh aku punya training slides. Ya, agak complex.

Tapi macam aku cakap, ada cara.

Oleh kerana aku tak suka uncertainties, semua benda ada proses.

Proses hiring, termination, closing, submit order
Benda ni kadang2 tak perfect pun, tapi ada la panduan tu kan?

Benda yang paling penting untuk hire team sale ni, keboleh upayaan lead gen.

Kalau kau rasa kau boleh generate lead, 5 lead sehari, 10 lead sehari, 100 lead sehari, kau dah bersedia untuk buat team sale.
Kau yakin je produk kau ada demand, barang kau orang cari, orang selalu WhatsApp tak sampai tangan, it& #39;s time to develop team sales.

Ada beberapa kriteria yang kau perlu tengok untuk team sales.

Tak boleh suka suka main hire team sales. Kena tengok betul2.
Ada business? Ni quote ko kena pegang.

You do not have a business if you can& #39;t scale it.

Kalau kau sorang diri boleh buat sale RM10k sebulan. Kalau ada 10 orang macam kau? RM100k sebulan.

Tapi adakah semudah itu? Tak. Silap2, sale kau lebih dari tu.
Ini dulu remote team sales aku. Setahun lebih buat team sale, tak pernah jumpa.

Kebetulan ada training, aku panggil and jemput semua untuk datang. So ni lah first time jumpa dan juga kali terakhir.

Sebab remote team sales ni dah bubar.
Ada yang anak 3.. ada anak 2.. ada yang single. Ada yang buat sale 10k sebulan.. ada yang buat sales 20k sebulan.

Tapi key dia adalah process, standard, respect dan few other things yang aku akan cerita nanti.
Peak of this team, generate around 1.6 million in a year. Depa ni semua bekerja dari rumah, jaga anak masing2, ada jadual masing2.

ada yang dari tak pernah jual apa2, sampai boleh sales puluh2 ribu sebulan.

So nanti aku akan cerita lebih lanjut.

Bermula dengan topik - hiring.
So hiring atau proses pengambilan team sale in particular, remote team sales ni, aku akan cerita dalam next thread.

Kalau dapat sambutan. haha.

So if korang nak tahu lebih lanjut, if you think this thread will help and others, sila RT and let me know!
This thread might change your way of doing business. Or even multiply your sale dengan team sales setup.

But for sure, you will learn something from this. Aku pon tak pandai, aku share apa aku tahu je.

Doesn& #39;t mean apa yang aku share ni betul. Ni semua based on pengalaman saja.
If korang ada soalan, silakan tanya :)

Spread this thread and I& #39;ll spill the tea about hiring process hehe.
You can follow @m0d0.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: