Counter Terrorism Unit - Kes Siti Aishah Atam.

thread ini, high level overview. kes ini sbhgn dari AMLATFA - terrorism financing.

Siti Aisyah Atam ni ramai org ingat ditangkap Counter Terrorism Unit hanya kerana memiliki buku berkaitan dengan terrorism.
Sebelum CTU buat penangkapan, aktiviti pengintipan mesti berlaku. Apa yg dia buat, dia jumpa siapa. Of course phone dia kena tap.

Simpatisan terrorism termasuk dalam terrorism financing. AMLATFA bukan sahaja money laundering, tapi terrorism financing pembiayaan seperti derma.
Kena ingat, bank under pengawasan amlatfa. Mereka dikehendaki melaporkan segala transaksi yg diragukan. Dalam tempoh yg berkala, setiap bank di malaysia kena submit STR (suspicious transaction record) kepada BNM di bawah FIU (financial intelligent unit).
Contohnya, anda derma kepada pertubuhan NGO yg buat aktiviti kemasyarakatan kutipan derma nak bantu umat islam di syria contohnya. NGO cam ni dlm watchlist CTU. Kalau transfer direct pun, anda letak reference; derma jihad syria, palestine, afghanistan akan trigger ke STR.
Remember, tangkapan di shah alam, restoran alhakim. Jgn ingat tiba2 polis gila babi saja2 nak pi buat serbuan. Semua tu dah covert operation, menyusup masuk ke dalam kumpulan berkenaan.

Sama juga kes siti aisyah tuh, kalau setakat memiliki buku; mengarut.
cuma masa tangkapan dibuat CTU disclose bahan rampasan buku berkaitan terrorist. Aktiviti sebelum tuh, mmg lah tak disclose. Classified. Whatsapp dia, email dia, bank akaun dia; siapa dia jumpa; siapa dia call etc.
Sambungan lagi perihal terrorist. dalam fb cthnya, kalau peniaga post atau share berapa banyak income dia dapat, tiba2 kena serbu dengan LHDN. jangan terkejut. kerana LHDN ada unit pemantauan sosial media; tengok instagram, tengok facebook dsb.
LHDN juga kalau buat operasi, contoh chicken rice ball kat melaka. Dia duduk tengok berapa ramai customer datang. dia buat estimation berapa banyak income tokey dapat. kot2 dia under declare income, tax evasion case (lari bayar cukai).
Sama juga aktiviti simpatisan terrorist. Masa ISIS tengah panas, banyak page berkenaan simpatisan perjuangan syria. Kita sendiri tak tahu mana group yg genuine, yang betul2 ikhlas. bila ada page nih, of course pihak polis pantau siapa admin dia.
Even siapa yang like page tuh pun polis pantau. CTU is about prevention. Apa2 sahaja perbuatan yg mencurigai sahaja... mmg lah masuk dalam watchlist. jadi, hati2 nak like mana2 page. Berbalik kpd kes Siti Noor Aisyah Atam. Just nak highlight balik kepada yg tak tahu kisah sebenar
Kes Siti Noor Aisyah Atam, dia bukanlah ditahan bawah ISA. Dia ditahan seksyen 130JB SOSMA 2012. dibebaskan kmdn dia ditangkap sekali lagi di bawah POCA2014. Siti Aisyah Atam adalah bekas pelajar UM jurusan usuluddin. Kini aisyah dalam penjara setelah didapati bersalah oleh court
ISA memberi provision menahan seseorang tanpa dibicara. berbeza POCA dan SOSMA; yg ditahan masih ada akses kpd peguam.

Buku yg dia (Aisyah atam) memiliki (12 naskah) itu adalah dikatakan hasil pemberian dari Najib Hussein. Siapa Najib Hussein?
Dia adalah pembuat bom ISIS yang mati ditembak di Pulau Basilan, Filipina.

Sumber lain menyebut Aisyah memang nak pergi ke Syria atas misi kemanusiaan dgn NGO simpatisan syria. tapi tak dapat pergi sebab family dia halang.
Muhammad Wanndy Mohamed Jedi adalah orang yg bertanggungjawab merekrut individu di Malaysia utk pergi ke Syria untuk join ISIS dan dia juga bertanggungjawab kepada siri letupan di Malaysia (Puchong). Dia ada keluar kenyataan yang dia kenal aisyah
dan dia claim dia adalah saksi kepada sumpah baiat setia aisyah kepada Abu Bakr Al-baghdadi Pemimpin ISIS dalam Group Telegram. Wanndy sudah terbunuh. Dan pengikut wanndy di malaysia ditangkap dan dipenjarakan 25 tahun.

Mmg buku itu tidak diharamkan oleh KDN pada waktu itu.
Kita mungkin boleh beralasan nak buat kajian atau thesis tentang ideologi pengganas ke apa ke. buku tu boleh beli kat pustaka indonesia dekat masjid india yang dulu saya pun rajin pergi ke situ. Hakikatnya kisah ini lebih dari itu.

sekian, diari forensik 2019

Zayed
Berikut adalah senarai buku didakwa dimiliki Aishah:
Visi Politik Gerakan Jihad
Penulis: Hazim Al-Madani

Generasi Kedua Al-Qaedah: Apa Dan Siapa Zarqawi, Apa Rencana Mereka Ke Depan
Penulis: Fuad Hussein

Akankan Sejarah Terulang
Penulis: Dr.Muhammad Al-Abdah
Deklarasi Daulah Islam Iraq
Penulis: Dewan Syariah Daulah Islam Iraq

Merentas Jalan Jihad Fisabillah
Penulis: Shaikh Abdul Qadir Abdul Aziz

Misteri Pasukan Panji Hitam
Penulis: Muhammad Abu Fatiha Al-Adani

Turki Negara Dua Wajah
Penulis: Abdullah Azam
Masterplan 2020: Strategi al-Qaeda Menjebak Amerika
Penulis: Fahmi Suwaidi

Dari Usama Kepada Para Aktivis
Penulis: Syaikh Usamah Bin Ladin dan Syaikh Yusuf Al Uyairi

Dari Rahim Ikhwanul Muslimin Ke Pangkuan al-Qaeda
Penulis: Ayman Az-Zawahiri
Ketika Maslahat Dipertuhankan dan Menjadi Taghut Model Baru
Penulis: Abu Muhammad Ashim Al Maqdisiy

Seri Materi Tauhid for the Greatest Happiness
Penulis: Tiada dicatat

Nota: Isu di sini bukanlah buku2 tersebut ttp lebih kpd siapa yg beri buku tersebut
You can follow @ZZulfikli.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: