Sejarah Orang Yahudi Di Malaysia

[Ini adalah bebenang]
Yahudi Malaysia kedengaran agak pelik buat generasi hari ini. Terma kepada Yahudi Malaysia ini adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang Yahudi yang tinggal di Malaysia.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa orang Yahudi pernah hidup secara terbuka di Malaysia seperti di Negeri Sembilan, Melaka dan kebanyakannya di negeri Pulau Pinang sehingga ke akhir tahun 1970 an.
Orang Yahudi Malaysia terdiri yang diceritakan ini terdiri daripada keturunan Yahudi Sephardi yang tinggal dalam kalangan orang Serani, Yahudi Mizrah, Yahudi Cochin dari India dan Yahudi Ashkenazi.
Kisahnya bagaimana orang Yahudi mula menapak di Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia ini dikatakan bermula sejak sekitar kurun ke 9 lagi dan ia bermula di Lembah Bujang.
Pada abad ke 18, kaum ini ada dijumpai di Bazar Kosmopolitan, Melaka. Kemunculan Yahudi Baghdad di Pulau Pinang pula berkemungkinan besar disebabkan oleh kemajuan perniagaan dan perdagangan yang diuruskan oleh British pada sekitar kurun ke 19.
Hasil keadaan ini telah menarik perhatian para saudagar Yahudi seperti Sassoon dan Meyers dari India.
Ada juga yang mengatakan bahawa terdapat penghijrahan secara beramai-ramai oleh orang Yahudi dari wilayah Baghdad Uthmaniyyah ke Tanah Melayu ketika pemerintahan Daud Pasha sekitar tahun 1817 hingga tahun 1831.
Orang Yahudi pertama yang diketahui telah tiba dan mendiami di Tanah Melayu dikenali sebagai Ezekiel Aaron Menasseh. Beliau telah berhijrah dari Baghdad dalam tahun 1895.
Ezekiel Aaron Menasseh mengamalkan kehidupan dan budaya Yahudi selama 30 tahun di Tanah Melayu sehingga tamat Perang Dunia Pertama. Sejak itu, populasi orang-orang Yahudi yang berhijrah dan mendiami Tanah Melayu semakin meningkat bilangannya.
Ketika Jepun menyerang dan menduduki Tanah Melayu, masyarakat Yahudi telah dipindahkan ke Singapura dan sebilangan daripada mereka telah dibunuh dan dikebumikan.
Selepas perang tamat, majoriti orang-orang Yahudi di Tanah Melayu mula berhijrah keluar ke Singapura, Australia, Israel dan Amerika Syarikat. Dalam tahun 1963, hanya terdapat sekitar 20 keluarga sahaja yang masih tinggal di Malaysia.
Semenjak dasar anti Israel telah dipernalkan oleh kerajaan Malaysia dalam tahun 1970 an, hampir semua orang-orang Yahudi di Malaysia berhijrah menganut agama Kristian dan ada juga yang telah berhijrah ke negara lain.
Keturunan orang-orang Yahudi di Malaysia kini kebanyakannya menetap di Singapura, Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Majoriti masyarakat Yahudi di Malaysia boleh berkomunikasi di dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan terdapat sebilangan daripada mereka boleh bertutur di dalam bahasa Yiddish, Parsi, Ibrani dan Arab.
Bukti peninggalan yang ada dan masih kita dapat lihat adalah tanah perkuburan Yahudi di Pulau Pinang. Ia telah wujud sejak 1805 dan dipercayai ia adalah merupakan tanah perkuburan Yahudi yang paling tua di Malaysia.
Keluasan tanah perkuburan Yahudi ini adalah berukuran 38,087 kaki persegi dan ia terletak di Jalan Zainal Abidin (sebelum ini dikenali sebagai Jalan Yahudi).
Kubur tertua di kawasan perkuburan tersebut bertarikh 9 Julai 1805 dan ia dimiliki oleh Puan Shoshan Levi. Dianggarkan terdapat kira-kira 106 buah kubur dan kubur yang terbaru disitu adalah ketika tahun 1978.
Satu-satunya rumah ibadat untuk orang-orang Yahudi di Pulau Pinang ada terletak di Jalan Nagore dan ia telah ditutup dalam tahun 1976.
Penutupan tersebut telah menyebabkan orang-orang Yahudi tidak dapat melakukan ibadat minyan yang mana seramai 10 orang lelaki akan berkumpul untuk beribadat secara beramai-ramai.
Sebuah jalan di Pulau Pinang pernah diabadikan pada nama jalan sebagai Jalan Yahudi kerana disitu adalah merupakan kawasan majoriti masyarakat orang-orang Yahudi.
Jalan ini merupakan adalah merupakan jalan kecil yang terletak di antara Jalan Burmah dan Jalan Macalister di Georgetown.
Hari ini, nama jalan tersebut telah ditukarkan kepada Jalan Zainal Abidin dan secara tidak langsung, ia telah memadamkan salah satu daripada legasi kewujudayan Yahudi di Malaysia.
You can follow @hadesmelayu.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: