JENIS TELUR YANG MASIH RAMAI KELIRU

THREAD 📌
1. Telur mata

Telur mata antara masakan telur yang paling senang dan boleh dimakan dengan apa-apa jenis masakan seperti nasi goreng, bihun goreng, nasi lemak, dan sebagainya.
2. Telur dadar

Telur dadar merupakan antara salah satu jenis masakan telur yang boleh dimakan beramai-ramai. Ia biasa dimakan bersama nasi putih, sup kosong dan sambal belacan.
3. Telur bistik

Telur ini merupakan salah satu telur yang agak unik serta popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Keunikan telur bistik ini adalah ia seperti gabungan antara telur dadar dan telur bungkus.
4. Telur bungkus

Telur bungkus mempunyai bahan yang hampir sama dengan telur bistik tetapi yang membezakan antara telur bungkus dengan telur bistik adalah cara ia dipersembahkan.
5. Telur masin

Telur masin biasanya dimakan dengan bubur bagi memberikan rasa masin dan lemak. Telur masin boleh dibuat dengan menggunakan telur ayam. Tetapi anda digalakkan untuk membuat telur masin dengan menggunakan telur itik kerana rasanya lebih sedap.
6. Telur setengah masak

Cara telur ini dimasak adalah dengan merebus telur selama 5-10 minit. Telur ini biasanya dimakan dengan meletakkan kicap manis dan lada sulah untuk memberikan satu rasa yang lebih nikmat.
7. Telur rebus

Telur rebus merupakan telur yang paling mudah untuk disediakan. Hanya masukkan sebiji telur dalam air panas yang mendidih dan telur rebus anda telah pun tersedia.
8. Telur pindang

Telur pindang merupakan salah satu syarat bagi majlis perkahwinan melayu tradisional dan ia sangat terkenal di Johor.
Cara merebus telur pindang adalah berlainan dengan telur rebus biasa kerana ia menggunakan daun seperti daun jambu batu, daun serai, daun lengkuas, daun pandan dan lain-lain lagi.
9. Telur goyang

Telur goyang yang dimasak adalah sama seperti poached egg yang akan mengekalkan lemak kuning telur apabila anda memotong kuning telur tersebut.
10. Telur herba

Telur herba ini biasanya didapati di kedai ubat-ubatan cina. Telur herba ini kaya dengan Vitamin B dan Vitamin A serta kandungan lemak tepunya adalah rendah.
Btw, jangan lupa untuk datang ke restoran Congkak kerana kami menyajikan hidangan masakan Melayu Nusantara. Antaranya ialah:

1. Tauhu Telur
2. Urap Campur
3. Rusuk Panggang Masak Hitam
4. Begedil Daging

Dan banyak lagi!
OPERATION HOURS:

Sunday-Thursday: 12PM-10PM
Friday/Saturday & Public Holiday: 12PM-11PM
Monday: Close
You can follow @congkakkl.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: