"Keadaan dah makin genting ni. Nak positif macam mana lagi?!"

"Betul ke ada hikmah dalam semua ujian Allah ni? Macam tak ada harapan saja!"

Masa Nabi Musa & Bani Israel tersekat di antara laut merah & bala tentera Firaun, kaumnya juga rasa tak ada harapan.

Tetapi...
...Nabi Musa telah menjawab dengan penuh yakin, bahawasanya Allah SWT bersama-sama dengannya dan sentiasa memberikan petunjuk.

Menjawab keimanan Nabi Musa, Allah mewahyukan kepada baginda untuk memukul tongkatnya ke laut.

Maka terbelahlah laut merah, dan terbentuklah jalan.
Selamatlah Nabi Musa & Bani Israel dari Firaun. Bahkan Firaun pula tenggelam lemas di tengah laut merah saat cuba mengejar mereka.

Rujuk kisah ini dalam Surah Asy-Syu'araa' ayat 61-67.

Saya sering ulang cerita ini pada saat saya sendiri saat saya rasa tak ada harapan.
Ya, hidup saya pun bukan bagus aja sentiasa. Ada masa teruji. Begitulah lumrahnya kita semua. Kongsi tak kongsi sahaja.

Sebagai Muslim kita memang kena bersangka baik kepada Allah. Yakin Allah akan bantu kita. Mudahkan urusan kita.

Ya kadang keyakinan kita goyang juga, tapi...
...kita pujuklah hati. Sebab kita beriman kan.

Sebab tu dalam Al-Quran banyak kisah-kisah yang akan memperkasakan keimanan kita.

Kena ingat, kisah-kisah ini turun mengiringi hidup Rasulullah SAW. Kenapa? Sebab hidup Rasulullah SAW itu sendiri padat perjuangan getir.
Kisah-kisah sebegini memotivasikan baginda & para sahabat mengharungi perjuangan mengangkat Islam, yang penuh dengan pengorbanan harta, nyawa, dan sebagainya.

Kemudian, kita lihat di dalam Al-Quran, ada juga ayat-ayat utk orang gugur syahid di medan perang.

Para syuhada' ni...
...dah pastinya mati sebelum sempat melihat kemenangan perjuangannya.

Tapi kat sini pun Allah SWT akan angkat kita, nyatakan bahawa yang mati di tengah perjuangan itu, bukan mati, bahkan hidup di sisi Allah & diberikan rezeki. Rujuk Ali Imran ayat 169.

Bukan dianggap 'kalah'.
Untuk orang-orang yang mungkin tak merasai kemenangan kebenaran di dalam hidupnya, tak dibalas atas kebaikan-kebaikannya, tak melihat keuntungan dari hidupnya yang patuh dan taat dalam menjadi hamba Allah SWT, pun ada bahagiannya di dalam Al-Quran.
Allah janji dalam Ali Imran ayat 185, bahawa segala balasan akan disempurnakan di hari akhirat. Dalam Surah Al-Zalzalah ayat 7-8, Allah menjanjikan bahawa kebaikan walau sebesar zarrah akan tetap terhitung, dan demikian kejahatan walau sebesar zarrah.

Imam Ibn Kathir...
...dalam Tafsir Ibn Kathir kalau tak silap saya saat membahaskan ayat ini, nyatakan bahawa inilah sebabnya orang2 kafir akan berharap mereka diciptakan sebagai tanah sahaja di hari pembalasan kelak(An-Naba' ayat 40) kerana detailnya pembalasan Allah, takkan ada yang terlepas.
Beginilah kita orang-orang berimab memujuk hati. Baca Al-Quran, baca hadith, baca Sirah, baca tafsir, kita dapat banyak sebab nak bersangka baik, kekal percaya, dan teruskan usaha apa termampu.

Bukanlah kita ni kebal, iman langsung tak turun, langsung tak resah gelisah. Bukan.
Tapi kita tahu nak pujuk hati kita.

Percayalah Allah takkan zalim kepada kita.

Jikalah di dunia ini kita tidak dapat ganjaran, balasan, untung atas kebaikan & usaha kebaikan kita, Allah akan balas di akhirat sana.

Itu keyakinan dan keimanan kita.
Sebab kita percaya semua itu, kita pujuk hati kita, seka air mata, tenangkan jiwa nan gelisah, bangkit kembali dan sambung perjalanan.

InsyaAllah kita mampu. Sebab Allah janji dia takkan uji di luar kemampuan kita(Al-Baqarah ayat 286).

Kuatkan semangat.
Allah bersama kita!
You can follow @HilalAsyraf.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: