Mengapakah @DGHisham mengajak kita untuk tidak asyik menunding jari dan bersatu padu bersama melawan wabak ini? Thread ini mungkin melawan arus..
Kita tahu menunding jari takkan menyelesaikan masalah. Ya, mmg mudah mencampakkan segala kesalahan kpd org tertentu atau kelompok tertentu tapi adakah ia menyelesaikan? Bahkan mungkin kita akan bertindak tidak adil bila memborongkan segala kesalahan kpd satu pihak sahaja.
Islam ajarkan kita agar bersama mencari solusi dan bukan hanya menunding jari dengan emosi.
Nak salahkan siapa? Ahli politik?ada berjuta-juta di Malaysia (berdasarkan jumlah ahli parti masing2). Adakah semua bersalah?

Nak salahkan bekas Ketua Menteri di bawah PH yg membubarkan DUN sedangkan dirayu utk tak dibubar? Beliau juga bertindak atas kepentingan yg beliau lihat
Nak salahkan bbrp pelancong tempatan yg mula2 sekali membawa pulang virus drpd Sabah ke semenanjung? Ya bukan ahli politik. Tapi adakah mereka tahu mereka terkena? Mereka tak diarahkan kuarantin kerana ketika mereka pulang kes belum banyak pun di Sabah kecuali di Pusat Tahanan
Nak salahkan Kementerian Kesihatankah sedangkan Menteri dan AG bertungkus lumus siang malam memikiran, berbincang dan bertindak untuk kita. Kita pun tak sebanyak itu masa bekerja utk keluarga kita berbanding mereka yg siang malam bekerja untuk kita.
Nak salahkan “Abah” dan jemaah Menterinya kah sedangkan selama COVID-19 ini mereka telah terbukti bertungkus lumus menyelamatkan negara kita bahkan telah diiktiraf dunia sebagai salah satu negara terbaik menguruskannya dlm pelbagai aspek.
Nak menyalahkan pula Kem Pendidikan kerana kecelaruan sedangkan mereka juga perlu ikut keputusan MKN dan situasi COVID-19 ini berubah setiap hari dan bukan boleh dijangka dr awal. Ada segelintir ahli politik ambil peluang dgn simpati pd pelajar dgn menghentam IPT dan KPT
Nak salahkan mereka langgar SOP? Kita takde langgar kah?Takde ke kita salam kawan kita?Takde gambar rapat2?Makan di kedai atau di office duduk dekat2? Takde tertinggal scan MySejahtera waktu masuk kedai? Kalau takde Alhamdulillah. Tapi bukan bermakna kita boleh borongkan kritikan
Apapun sebenarnya tindakan yg patut dilakukan adalah #kitajagakita https://abs.twimg.com/hashflags... draggable="false" alt="">. YA tindakan double standard segelintir kecil pimpinan adalah TERKUTUK. Tindakan sstgh ahli politik yg menangguk di air yg keruh juga sgt MEMUALKAN. Tindakan kita yg biasa melanggar SOP juga adalah SALAH.
Namun, yg kita boleh lakukan adalah terus melangkah ke hadapan dengan disiplin menjaga SOP, banyakkan lagi berdoa, saling nasihat menasihati mereka yg berada di sekeliling kita dgn berhemah. Hentikan khabar yg tidak sahih. Hentikan sebaran posting berbentuk negatif.
Sebarkan kebaikan. Tularkan usaha murni yg dilakukan. Zahirkan terima kasih kpd pimpinan dan front liners yg siang malam berusaha untuk kita semua. Moga kita terus berjaya.
You can follow @syedkadir.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: