Mari sini saya nak buka mata dan minda kamu pula.

Virus adalah agen jangkitan yang hanya boleh berkembang biak di dalam host cell, seperti sel di dalam badan kita. Ada pelbagai jenis virus, rujuk gambar di bawah. Dan coronavirus adalah salah satu jenis virus

#COVID19 https://twitter.com/safwanazhan/status/1311708593381548032
Coronavirus mempunyai pelbagai jenis, boleh rujuk lagi gambar di bawah. Salah satu jenis coronavirus adalah # #COVID19

MERS-CoV dan SARS juga adalah antara jenis-jenis Coronavirus.

Link:
https://www.cdc.gov/coronavirus/types.html
Untuk virus tersebut menjangkiti di dalam sel, ada point of entry nya. Sudah ada kajian receptor yang terlibat adalah ACE2.

Link:
https://erj.ersjournals.com/content/55/4/2000607

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5456285/#!po=0.257732
Antara gejala jangkitan virus adalah DEMAM. Demam itu adalah GEJALA bukan PENYAKIT. Apa-apa jangkitan virus pun memang boleh manifestasi dengan demam termasuklah virus.

Yang kita nak tangani adalah PENYEBAB DEMAM tu iaitu konteksnya sekarang adalah #COVID19
Virus ni pula adalah self limiting, maknanya dia boleh mati sendiri. Sebab itu ada yang boleh SEMBUH SENDIRINYA, tak perlu vaksin.

Isunya adalah ada sesetengah pesakit mendapat KOMPLIKASI daripada penyakit ini. Ini yang menyebabkan keadaan mereka semakin teruk.
Betullah, kajian dah menunjukkan antara mereka yang lebih berisiko mendapat KOMPLIKASI penyakit ini adalah mereka yang umur lanjut, umur muda dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Ada juga kajian mereka yang merokok.
Mengapa kebanyakan mereka mendapat KOMPLIKASI sesak nafas? Sebab receptor ACE2 tadi itu banyak di SALURAN PERNAFASAN kita. Virus menempel di situ, sebab tu la sesak nafas. Sebab itu, perokok dalam kajian mudah dapat KOMPLIKASI ini.
Mengapa boleh menjadi semakin teruk? Kerana dalam kajian ada KOMPLIKASI cytokine storm dan ada kajian mengatakan bradykinin storm. Sebab tu ada yang sampai perlu diintubasi.
Jujukan #COVID19 telah pun ditemui oleh saintis China awal tahun lepas. Adakah mereka menipu? Sudah ada kajian yang keluar dan MAKMAL kita pun mendapat jujukan yang sama. Kalau dah dua negara dapat yang sama, mana menipunya.
Kenapa pesakit boleh sembuh sebelum dapat vaksin?

Sebab memang sifat virus boleh mati sendiri. Yang tidak mendapat komplikasi, mereka boleh sembuh sendiri.

Yang kita nak hati-hati mereka yang berisiko mendapat komplikasi ni. Sebab tu mereka perlu dipantau dengan ketat.
Vaksin pula BUKAN PENYEMBUH tapi MENCEGAH.

Vaksin diberikan kepada orang yang sihat supaya kalau mereka dijangkiti, risiko mereka untuk mendapat penyakit itu berkurang dan tidak sampai ada komplikasi. Kena faham mekanisme vaksin.
Jadi, mana konspirasi nya, mana freemason nya?

Tiada konspirasi di sini, dan memanglah #COVID19 ni demam virus tapi yang kita kena tahu penyebab demam tadi.
Nak saya berikan link kajian lagi, saya boleh berikan. I can see you are an educated person, we can discuss academically.

Tapi kalau asyik duk kata ni konspirasi sini sana, the level is too low bro.
Harap tercerah. Nak bincang lagi beritahu. I am gladly to do it.

#COVID19
You can follow @khairul_hafidz.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: