Ikuti untaian ini untuk memahami ISU KONTRAK PEGAWAI PERUBATAN.

@KKMPutrajaya @DGHisham @DrAdhamBaba @IrKhairilNizam @drasyrafwajdi @hazwanmohamad
1. Mulai 2016, lulusan perubatan diberi jawatan doktor perubatan siswazah secara kontrak di KKM. Alasan yang diberi pada waktu itu ialah untuk percepatkan penempatan di hospital dan graduan tidak perlu menunggu lama untuk mula bertugas.
2. Semua orang tahu sebenarnya peruntukan kepada KKM yang semakin kurang menyebabkan jawatan kontrak ini diwujudkan.
3. Kontrak yang diberi adalah selama 3+2. 3 tahun sebagai pegawai perubatan siswazah (HO), dan 2 tahun bekerja sebagai pegawai perubatan (MO).
4. Apa bezanya HO dan MO? Secara dasarnya, HO tidak boleh membuat keputusan sendiri dalam rawatan pesakit dan hanya menjalankan tugas yang diberikan oleh MO dan doktor pakar.
5. Apabila jawatan doktor kontrak diwujudkan, ini menyebabkan doktor-doktor terbahagi kepada doktor kontrak dan doktor tetap. Seringkali terjadi di hospital-hospital, layanan kelas kedua diberikan kepada doktor kontrak.
6. Sebagai contoh, doktor kontrak di jabatan radiologi tidak boleh memohon “hazard leave” sepertimana doktor tetap. Apakah doktor berstatus kontrak kebal terhadap kesan radiasi berbanding doktor tetap? Tidak, sama sahaja kesannya. Tapi kenapa doktor kontrak dianaktirikan.
7. Doktor kontrak di jabatan psikiatri juga tidak diberi cuti tambahan berbanding rakan sejawat yang tetap. Adakah doktor kontrak kebal dari masalah kemurungan?
8. Doktor kontrak juga tidak dinaikkan gred walaupun telah tamat latihan siswazah. Ini membuatkan perbezaan gaji kurang hampir RM8000 setahun.
9. Ramai doktor kontrak mengeluh atas ketidakadilan ini dan menuntut KKM menukar semula dasar lantikan kontrak ini. Ini juga termasuklah petugas kesihatan yang lain, jururawat dan penolong pegawai perubatan.
10. Yang paling utama, doktor-doktor berstatus kontrak TIDAK BOLEH melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran. Ini akan menyebabkan negara kita bertambah kekurangan doktor pakar (bilangan doktor pakar sedia ada pun masih kurang pada hari ini).
11. Semua rakyat Malaysia akan lebih terkesan dengan kekurangan doktor-doktor pada masa akan datang. Purata waktu menunggu di jabatan kecemasan sekarang adalah 6 jam, bayangkan apabila bilangan doktor semakin kurang. Sudah tentu waktu menunggu akan lebih lama.
12. Negara sedang dilanda wabak Covid19 pada hari ini. Semakin ramai doktor-doktor muda yang meletak jawatan kerana merasakan tidak berbaloi untuk bergadai nyawa melawan Covid19 tetapi akan ditamatkan kontrak selepas 2 tahun.
13. Mereka terpaksa berpisah dengan keluarga, dihantar ke KL, Sabah untuk berperang dengan Covid19, tetapi tidak dihargai oleh KKM sendiri. Diberi layanan kelas kedua.
14. Ada yang persoalkan apa keperluan kerajaan memberikan jawatan tetap kepada doktor-doktor sedangkan dalam bidang lain pun hanya kontrak. Satu, supaya negara tak ketandusan doktor pakar (doktor kontrak tak boleh sambung jadi pakar).
15. Dua, negara sangat memerlukan khidmat doktor dan petugas kesihatan lagi-lagi disaat kita sedang berlawan dengan Covid19. Jangan bandingkan kerjaya doktor dengan jurutera/guru/saintis. Bandingkan doktor (kontrak) dengan doktor (tetap).
16. Ada yang dah berhenti kerja di KKM, masuk hospital/klinik swasta, berhijrah ke luar negara, buat bisnes sendiri dan lain-lain. Yang akan terkesan, rakyat Malaysia yang tak mampu dapatkan rawatan di pusat swasta. Terpaksa bersesak di hospital kerajaan yang kekurangan doktor.
17. Adakah dalam masa 5-10 tahun lagi Malaysia terpaksa import semula doktor dari India/Pakistan untuk berkhidmat kepada rakyat?

Dengarlah suara kami.
-------
Hospital Tenat
You can follow @amirull18.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: