Dua orang gadis berusia 14 dan 15 tahun dirogol 38 lelaki secara bergilir-gilir di Ketereh, Kelantan.

[Ini adalah bebenang]
Seorang pelajar berusia 17 tahun, suspek ke-15 ditahan polis berhubung kes dua remaja perempuan yang didakwa dirogol 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh pada tahun 2014.
Suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 3.45 pagi, 1 Jun 2014.
Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun perintah reman terhadapnya tetap dikenakan bagi membantu siasatan kejadian rogol tersebut.
29 Mei: Bapa Dan Dua Anak Ditahan Dalam Kes Rogol 38 Lelaki

Seorang bapa bersama dua anaknya antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam (28 Mei) di sekitar Ketereh.
Gadis yang direman mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian.
Seorang pelajar tingkatan tiga dan rakannya mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 38 lelaki tidak dikenali di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan.
Dalam kejadian pada Selasa 20 Mei itu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dari Guchil, Kuala Krai keluar untuk bertemu rakan perempuannya yang berusia 15 tahun di Ketereh.
Mangsa kemudiannya menghubungi rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kuala Krai. Rakan lelaki yang mengambil mereka dari Ketereh tersebut kemudian membawa kedua mangsa ke satu rumah kosong dengan alasan untuk berehat.
Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki. Selepas itu, sekurang-kurangnya 40 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Mangsa hanya sedar keesokan harinya selepas pengsan akibat dirogol bergilir-gilir dan telah mengalami kesakitan berterusan di bahagian sulitnya.
Rakan lelaki mangsa memberitahu mangsa bahawa dia telah dipaksa untuk melihat mangsa dirogol oleh lebih kurang 38 orang lelaki terbabit dan tidak boleh menolaknya.
Mangsa yang takut kejadian tersebut diketahui oleh ibu bapanya tidak terus pulang ke rumah sebaliknya tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei dan hanya pulang ke rumah pada 25 Mei dan hanya memaklumkan kepada bapanya mengenai insiden berkenaan selepas itu.
Setelah pulang ke rumah, mangsa dibawa ke hospital Kuala Krai kerana kemaluanya mengalami pendarahan yang teruk. Hasil awal rawatan mendapati terdapat kesan koyakan teruk pada hymen dan kesan kemasukan yang berulang-ulang kali pada kemaluan mangsa.
Bapa mangsa kemudian bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Paser Puteh mengenai insiden tersebut pada hari yang sama dan kes kini dalam siasatan polis.
Seramai 10 individu, termasuk seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol 38 individu di Ketereh, 20 Mei lalu. Suspek yang ditahan itu termasuk salah seorang remaja yang turut menjadi mangsa rogol berusia 15 tahun.
Semua 10 individu terbabit termasuk remaja perempuan itu pada 28 Mei dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan. Remaja perempuan terbabit dibenarkan ditahan reman 6 hari manakala suspek lelaki 7 hari.
Polis masih mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka menjangkakan kes itu ditutup dalam masa terdekat kerana suspek berusia diantara 20 hingga 30 tahun dipercayai berasal dari kampung yang sama.
Pihak polis juga tidak menolak kemungkinan remaja perempuan itu turut diliwat. Polis mempunyai alasan untuk percaya bahawa hampir kesemua suspek berada pada pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu.
You can follow @hadesmelayu.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: