SEKUFU

tajuk ni memang tak lekang disebut sebut masyarakat.

bercinta ke, nak kawin ke.

tapi sejauh mana korang faham sekufu ni?

walaupun bukan wajib dalam syarat nikah tapi ia adalah kelebihan kepada wanita untuk kebahagian bersama.
seperti umar bagitahu sebelum ni. ada 3 perkara dilihat:

1)agama dan kesolehannya

Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah.
Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا كَمَن كَانَ فَاسِقًا ۚ لَّا يَسْتَوُونَ

Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama.

   (Surah al-Sajadah (18))
Walaubagaimanapun, kita perlu membezakan antara orang yang beragama dengan orang yang belajar agama. Istilah yang digunakan oleh Nabi SAW kepada perempuan zat al-din (ذات الدين) atau dikenali sebagai mutadayyin.
Sedangkan yang belajar agama sudah tentu mempunyai ilmu dan kefahaman yang baik, tetapi kadang-kadang tidak diamalkannya. Apa yang perlu, mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik apabila mempunyai kefahaman agama serta ilmunya.
2) pekerjaan

Seseorang yang mempunyai pekerjaan seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.
Sebenarnya pekerjaan boleh dibahagikan kepada 2:
Ada yang mulia tetapi tidak kaya.

Ada yang nampak biasa tetapi boleh menghasilkan jutaan ringgit apabila mempunyai kreatif, inovatif & pandai mencari pasaran serta peluang untuk menjana pendapatan melalui pelaburan dan perniagaan
3) tidak cacat

Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya. Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu.
Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua:

Pertama, yang mengaibkan seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan dan kefahaman yang jelas.
Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun masih berfungsi baik.
Yang ini tidaklah menjadi penghalang dalam membina dan melayari bahtera kehidupan dengan sebaiknya. Kadang2,kita lihat pasangan seperti ini jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.
sekufu ni hak wanita dan walinya. walaupun bukan syarat sah nikah tapi perlu untuk elak keburukkan kepada wanita dan walinya dan kebahagiaan bersama pasangan.
sebab pasangan sekufu ni ada persamaan dari segi cara hidup dan diterima keduanya.

untuk mengelakkan salah seorang terpaksa mengubah kebiasaan hidupnya.
tapi sekufu bukan syarat sah nikah. so! sekiranya wanita dan wali tak kisah dan terima seadanya. tetap sah nikah. dan happy goluckyyy yak yak yeay!
tapi korang jangan follow rapat hal sekufu ni kalau masing2 terima seadanya. tapi sebaiknya, lihat pada agama.

faham agama dan tanggungjawab. then proceed "jomm kawiiin!"

sebab zaman sekarang masyarakat lebih fleksible daripada dulu.
tapi tetap akan ada orang mementingkan sekufu ni di luar sana. tidak menjadi masalah tapi jangan la membebankan sampai takat beza diploma dengan degree. terusss kanselll kawinnn no kawiin.

haa jangan. berçinta dan kawin ni patut dimudahkan tapi tidak diambil mudah.
kalau lelaki gaji rendah,wanita gaji tinggi tapi suka sama suka & lelaki pantang menyerah sebelum operasi,then tiada masalah.

tapi kalau kerja pun takda.pemalas. tapi nak bercinta nak berkahwin anak orang kaya. minta duit isteri. ehh melampau la hahaha memang jelas tak sekufu.
so umar end this thread with,

kalau gagak yang hitam namun bijaksana,
jangan disangka hitam itu suatu kejelekkan.

kalau bahagia itu kaya namun tiada masa,
diakhir yang tinggal hanya kenangan bersama.

*drop mic*
You can follow @twt_cinta.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: