Orang selalu tanya Abang,boleh ke bawa #keris di tempat awam?
Ada masa boleh,ada masa tak boleh dan ini adalah bebenang untuk abang terangkan sedikit tentang berkeris di tempat awam.
1)Keris pada zaman dahulu ibarat kad pengenalan seseorang,yang jarang berenggang dengan tuannya.Namun di zaman kita hari ini, pemakaian keris sudah sedikit berbeza.
2)Keris termasuk dalam senjata berjadual di bawah Akta 357 seperti di dalam gambar.
3)Akan tetapi kelonggaran diberi di bawah perkara kurungan 3 seperti dalam rajah.
4)Jadi selama mana anda berkeris, dengan kerisnya bertambat(diikat) dan memakai persalinan lengkap tidaklah menjadi suatu kesalahan.Dan Alhamdulillah setakat ini Abang tidak pernah ditahan selama berkeris dengan persalinan lengkap di mana-mana.
5) Cuma ada kalanya apabila ada potensi berlaku provokasi atau perkara yang boleh mendatangkan bahaya,pihak berkuasa akan datang menasihati dengan baik untuk menyimpan keris tersebut.Hanya perlu berkerjasama,selesai masalah.
6)Yang utama,jaga adab dalam menyelitkan keris dengan tidak menghalakan hulunya keluar dan menyimpannya sedikit ke kiri tubuh,tidak di bahagian tengah seperti mencari gaduh.Hanya dalam istiadat dan keadaan tertentu sahaja boleh diselit di tengah tubuh.
7)Dan jangan sesekali menghunus bilah keris di khalayak.
Sekian sahaja perkongsian ringkas tentang berkeris di khalayak.Harap dijaga adat dan adabnya supaya tidak menimbulkan provokasi mahupun kekacauan di mana-mana.
You can follow @H_Bakkaniy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: