Waktu maghrib tadi, ada 2 orang pelajar sekolah rendah lepak di taman main handphone.

Padahal azan dah berkumandang.

Dari jauh ada pak cik melaung "Dah maghrib ni, pergi balik rumah cepat!"

Budak 2 orang tu buat endah tak endah. Kemudian ...
Seorang lagi pak cik mendekati mereka berdua menaiki motorsikal menegur:

"Eh dah maghrib ni, cepat balik!"

Dari jauh aku melihat adegan-adegan tersebut sambil tersenyum.

Masih ada lagi insan-insan yang prihatin dalam menegur anak-anak di kawasan kejiranan aku ni.
Bukan menjaga tepi kain orang atau menyibuk ke apa, tetapi melaksanakan tanggungjawab kita dalam menegur dengan kebenaran dan kesabaran.

Boleh jadi ibu bapa 2 budak tu sibuk dan masih belum pulang ke rumah, maka tanggungjawab jiran-jiranlah untuk menegur.

Bak kata orang:
"Tanggungjawab membesarkan anak ni adalah tanggungjawab seluruh komuniti."

Kalau nampak anak-anak jiran buat benda nakal, tugas kita adalah menegur, dan bukannya sekadar mencemuh ibu bapa mereka yang kononnya tak pandai jaga anak-anak.
Cabaran kita lain-lain, yang penting kita saling membantu antara satu sama lain.

Kita jaga kita, sama-sama masuk syurga.
You can follow @Eqhwan94.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: