Analisa bahasa badan Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad.
Ini adalah bebenang.
Dalam gambar ini kelihatan Anwar cuba membetulkan sesuatu pada baju Mahathir.
Telahan yang kita dapat dimpulkan di sini ialah ada sesuatu pada baju Mahathir yang Anwar rasa perlu dibetulkan.
Mengikut lenggok badan, kedua-dua individu ini kelihatan dalam BMI yang normal.
Beberapa kurun selepas itu kita lihat gambar ini pula. Anwar berjalan beringan dengan Mahathir. Tapi kita perhati betul-betul Anwar berada di kanan Mahathir. Apakah maksudnya? Dalam hubungan politik ia bermaksud Mahathir berada di sebelah kiri Anwar. Dua-dua juga masih kurus.
Perhatikan pula gambar ini. Apa yang menariknya ialah latar belakang gambar itu seolah memberikan satu ilusi Mahathir tengah pening dengar Anwar cakap sesuatu. Ini menunjukkan bahawa Anwar sedang cuba berkata seusatu kepada Mahathir dan Mahathir cuba mendengar Anwar.
Sekali lagi kita lihat tema yang sama berulang: Anwar berada di sebelah kanan Mahathir. Ini memberikan mesej yang sangat jelas kepada mereka yang dapat melihatnya: Mahathir berada di sebelah kiri Anwar.
Sekali lagi bukti menunjukkan firasat bahawa Anwar berada di sebelah kanan Mahathir. Walaupun ketika bergambar dengan senyuman kepada media, jangan kita lupa bahawa Mahathir berada di sebelah kiri Anwar.
Untuk membuktikan teori ini, mari kita lihat gambar ini pula. Lihat bahasa badan Anwar: Anwar tidak berada di sebelah kanan Mahathir sebab Mahathir tidak ada pun dalam gambar ini.
You can follow @sicfallacy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: