KATA-KATA NASIHAT IMAM SUFIYAN AS TSAURI RAHIMAHULLAH...

بسم الله الرحمن الرحيم
1: Perbaikilah urusan dalamanmu (hatimu), pasti Allah akan perbaiki urusan luaranmu (tingkah lakumu)
2: Perbaikilah hubunganmu dengan Allah, maka Dia akan perbaiki hubunganmu dengan manusia.
3: Beramallah untuk akhiratmu, maka Allah akan menjamin urusan duniamu
4: Juallah duniamu dengan akhirat, pasti engkau akan beroleh keuntungan kedua-duanya dan jangan jual akhiratmu dengan dunia, kelak engkau akan rugi kedua-duanya.
5: Beramallah untuk duniamu berpadanan dengan kadar kehidupanmu di sini (di dunia-sementara). Dan beramallah untuk akhiratmu berpadanan dengan kadar kehidupanmu di sana (akhirat untuk selama-lamanya).
6: Akan tiba satu masa dalam kehidupan manusia di mana hati-hati semuanya mati, yang hidup hanyalah jasad. (manusia yg hatinya tidak mengingati Allah dianggap mati hatinya walaupun jasadnya hidup bergerak)
7: Pemandangan yg paling indah adalah apabila engkau melihat si kaya merendah diri di hadapan si miskin. Dan pemandangan paling buruk adalah di kala si miskin menghina diri di hadapan si kaya.
8: Tiada yang lebih sukar untuk dirawat selain daripada nafsuku; sekali ia menang, sekali lagi ia kalah.
9: Kamu org yg sabar apabila memiliki tiga perkara: -
Pertama:Tak cerita musibah yg menimpa diri sendiri
Kedua:Tak membesarkan penderitaan yg dialami & tak memuji diri sendiri.
Ketiga: Sekiranya saudaramu berkunjung ke rumahmu, jangan engkau tanya, "Adakah anda sudah makan? atau mahukah saya hidangkan makanan?
Sebaliknya, hidangkanlah makanan. Jika dia mahu, dia makan.
Jika tidak, angkatlah kembali hidangan itu.
10: Andai engkau mengenali dirimu, maka apa sahaja yang diperkatakan manusia tentang dirimu, tidak akan memudaratkanmu sedikitpun.
11: Hendaklah engkau memperbanyakkan amalan kebaikan, kelak sampai masanya nanti Allah akan jadikan ia temanmu di dalam kubur.
12: Jauhilah perkara yang mendatangkan dosa, maka engkau akan merasai kemanisan iman.
13: Terimalah dengan redha apa yang telah Allah berikan kepadamu, nescaya engkau akan jadi kaya. Dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya engkau akan menjadi orang yg kuat.
14: Jangan suka mencela, nescaya engkau selamat dari celaan manusia. Jadilah seorang yang penyayang, nescaya engkau akan dikasihi manusia.
15: Apabila terlintas di dalam hatimu tentang urusan akhirat, segeralah melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh sebelum syaitan berpeluang menghalangimu dari melakukanya.
16: Janganlah engkau membenci seseorang yang taat kepada Allah, jadilah seorang yang penyayang kepada semua golongan manusia, jangan putuskan silaturrahim sekalipun dengan orang yang tidak menghiraukanmu.
17: Jangan berdendam kepada mereka yang menzalimimu, nescaya engkau akan mendampingi para anbiaa’ dan para syuhadaa& #39; serta mendapat syafaat mereka diakhirat nanti.

Semoga bermanfaat utk semua Ashabul jannah https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="😊" title="Lächelndes Gesicht mit lächelnden Augen" aria-label="Emoji: Lächelndes Gesicht mit lächelnden Augen">
You can follow @syafamazlan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: