Beberapa hari lepas aku first time naik kereta api choo choo 🚂 yang ada katil boleh baring. Siyes aku exited giler! Kalau aku buat thread ada yg nak baca tak? 😅
First thing first sebelum naik kereta api kena beli tiket dulu. Aku beli tiket pakai apps KTMB MobTicket yg dlm gambar belah atas tu. Ada kawan aku bgtau start October nanti pakai Apps baru yg bawah tu pula
Aku dari Kelantan nak balik KL. So plan nk beli tiket direct dari Kelantan ke KL, tapi xde😔Kena tukar kat Gemas, Negeri Sembilan. So aku beli dua tiket.
1. Wakaf Bharu ➡️ Gemas
2. Gemas ➡️ KL Sentral
Masa dalam Apps nk beli tiket tu korang boleh pilih nk kat kerusi biasa, kerusi premier or night class yg ada katil. Harga berbeza ikut dewasa or kanak2, tepi tingkap or sebelah laluan, katil atas or katil bawah. Harga pun dia tunjuk sekali. Boleh pilih..
Kalau nk pilih yg katil, ambil ‘Superior Night Class’. Alkisahnya aku nak duk katil bawah sbb xnak la panjat2, tapi masa beli tiket tu katil bawah da sold out. Tinggal katil atas je. So aku pun redha je la pilih katil atas 😅
Owhh.. lupa nk bgtau. Kereta api yg ada katil ni dari Kelantan ke Johor. Dia tak stop kat KL. Sbb tu aku beli 2 tiket. Tiket dr Kelantan ke Gemas tu yg baring Tingkat Atas RM40. Dari Gemas ke KL sentral naik ETS RM33. ETS xde katil. Kerusi biasa 😅
Kenapa aku pilih katil? Haaa.. korang tengok la masa perjalan tu. dari pkul 7pm ke 7am esoknya. 12 jam weyh! Kalau duduk je mmg patah pinggang 😂
Btw tiket tu aku tak sure mcm mana nk print sbb beli ikut apps. Phone pulak xleh connect dgn printer. So pd hari kejadian da sampai stesen baru aku pegi kaunter mintak pak cik jaga kaunter tu printkan 😅
Tada! Ni la la kereta api tu. Ni kat stesen Wakaf Bharu, Kelantan. Panjang la jugak, ada byk gerabak. Perasan tak ada 2 tingkap atas dan bawah kat kereta api tu? Haa.. tu tingkap utk katil atas dan bawah 😁
Aku ingatkan kereta api ni mcm janji melayu dtg lambat, tp sangkaan aku meleset. Dia datang tepat2 pada masanya kat setiap stesen. Kat setiap stesen pun dia benti kejap je tak sampai 5 minit. Aku masuk dlm terus kereta api ni gerak. Mujur tak tertinggal train 😆
Haaa! Ni la keadaan dalam train tu. Video goyang2, biasalah dlm train 😂
Kenapa byk kosong? Sbb aku naik stesen awal2, So lepas ni train akan benti kat stesen lain mcm Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang dll utk amik penumpang lain 😁
Dalam train ni ada toilet tp faham2 la toilet dia sempit mcm mana. So aku amik wudhu awal2 utk solat jama’ maghrib and isyak. Btw aku ingatkan train ni ada surau mcm ETS, tapi aku cari xde, tanya pakcik2 dlm tu pun diorang xtahu. so aku solat duduk kat katil bawah je 🥺
Dalam train ni pun ada satu gerabak utk kafeteria. Aku pegi tapi lupa nk amik gambar. Lg pun aku tak beli2 apa2 sbb sebelum naik train da makan nasi siap2. Aku pun ada bawa bekal buah, coklat and air mineral dlm beg.
Kalau naik kereta api ni syok naik ramai2 dgn family atau kawan2. Sbb mcm2 aktiviti korang bole buat sama2. Tapi sbb aku gerak solo je, apa lagi, aku tengok movie je la. Da siap download cerita awal2 dlm phone 😂
Train ni gerak malam. Kalau korang acah2 nk merenung bulan macam agak mustahil. Sbb setiap kali aku bukak langsir nampak gelap je 😂 takut nak bukak lama2 kot2 ternampak benda lain tgh2 hutan tu. so malam tu lepas habis 2 movie aku tido mcm biasa 😴
Oh yaa.. tinggi aku around 158cm je. So aku selesa je tido dgn straightkan badan kat katil atas. bawah kaki masih ada ruang. Masih muat nk paling badan kiri kanan. Kalau org tinggi maybe susah sikit 🙈
And tgh malam memang akan sejuk gilers. Kat katil tu dia sediakan bantal and selimut sekali. Tapi kalau korang tak selesa, bole lapik dgn kain sendiri. Aku bawak kain batik utk alas and buat selimut extra..
Hmm.. actually tidur malamku terganggu dgn bunyi dengkuran jiran katil depan 😭. Kuat pulak tu dia dengkur sampai aku terjaga pkul 3pg 😫
Sempat la bangun pegi toilet. Mujur toilet bersih tak bau pelik or busuk. sbb aku perasan pekerja tu baru je lepas bersihkan ☺️. Masa tu semua katil da full bertutup langsir. Semua lena diulit mimpi. Tp ada sorg tu la yg sampai dengkur kuat tak ingat dunia 🤣
Pastu masa pkul 6 pagi waktu nk bangun solat subuh aku perasan satu family 6 org nk turun kat stesen Bahau, N9. aku happy sbb katil bawah kosong, bole tumpang solat and tengok sunrise (konon2nya!) 😆
Misi mencari sunrise tak jadik! 😂 aku punya la cari mana matahari tapi tak jumpa. Kat belah mana pun tak tahu la. So sempat la record view pokok2 hutan di waktu pagi 😌
Bole la merenung keluar jedela, bayu pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa, purnama menerangi gelapku, dan bila fajar menjelma, itu permulaan hari baru, dunia gamat bunyinya, sunyiku hanya tuhan tahu.. Ehhhhh 🤭
Actually waktu malam train ni gerak laju giler. Waktu pagi ni dia gerak manja2 gittew. Alhamdulillah around pkul 7.15 mcm tu selamat sampai stesen Gemas, Negeri Sembilan. I have unforgettable journey. First time naik train ada katil! 🤩
Ehhh.. perjalan belum habis. Bila sampai Gemas tu aku kena tukar dr kereta api biasa ke ETS utk ke KL Sentral pulak. Ni video kereta api kat stesen Gemas. Aku punya pa kalut angkat beg takut dia benti kejap je, dia benti lama rupanya 🙂
Tak semua turun kat stesen ni. Ramai je still ada dlm train tu utk meneruskan perjalanan ke Johor. Bape jam lagi dlm train tuuuuuu 😳
Train ETS tu kat landasan sebelah je. Ni haa rupa ETS dr luar. Nampak baru la compare tu kereta api dari Kelantan td 🧐. aku malas nk tunggu tempat lain, so aku org pertama naik train ni. Gemas ialah stesen permulaan utk perjalanan ke Utara
Dah xde org dalam ETS tu sempat la buat tour dr hujung ke hujung 😂. Toilet luas, ada surau, ada cafeteria, semua nampak serba serbi baru dan bersih. Hmm.. kenapa xde kereta api baru utk perjalanan dr Kelantan? Kenapa ada utk perjalan ke Utara sahaja? Ni tak adil 😤
Ni view perjalanan dr Gemas ke KL Sentral. Sebentar ku pulang
Cari rezeki sebentar untuk
Aku bawa pulang
Untuk keluarga ku sayang sanggup
Biar ku tak makan
Janji terasa senang walaupun
Banyak yang kurang
Asalku rasa tenang 😌
Okay, tipu la aku tak makan. Lapar juga atas ETS tu. So aku pun beli nasi lemak sambil ayam kat cafe. Rasa sedap la jugak. Dia panaskan dlm microwave sebelum hidang 😋 Harga dlm RM8 kot..
Perjalanan dalam ETS ni kejap je. Dalam 2 jam dr Gemas ke KL sentral. Aku habis makan main phone kejap da sampai KL Sentral pkul 10.30 pagi mcm tu..
Baru sampai KL Sentral bro, belum sampai rumah lagi. Aku nk balik Shah Alam, so tgh fikir nk naik KTM ke LRT. Disebabkan aku malas tunggu KTM, aku pun naik LRT dr KL Sentral ke Glenmarie
So sampai LRT Glenmarie around pkul 11.10 pagi. Kakak aku amik and sampai rumah kat Shah Alam pkul 11.30 pagi. Fuhhhh.. maka berakhirlah perjalan 17 jam!! 😱🤯😖
Now aku baru tahu kenapa pengangkutan kereta api ni kurang popular. Antaranya sbb jangka masa yg lama. Zaman skrang ni semua org nak cepat. Jarang la org saje2 nk lambat. Melainkan dia mmg saje nk merasa first time naik kereta api macam aku 😂
Secondly sbb harga. Kalau campur tiket aku, jumlah ialah RM73. Tapi aku search tiket kapal terbang Air Asia hanya RM72 (harga berubah2). Bas pula sekitar RM50. So mana lebih berbaloi dgn masa? 🤔
Yang ketiga, maybe dari segi fasiliti. Sbb perjalanan dari Kelantan guna kereta api lama. Gerabak pun nampak usang. Anak buah aku panggil kereta api ‘Thomas’ 🤭. Tak moden dan laju macam ETS.
Actually da lama teringin nak naik kereta api ni. Inspired dari cerita Crash Landing On You bila Kapten Ri bawa Yoon Se-ri naik train kat North Korea 🥰 😆

(sumber gambar : google)
You can follow @twinnourla.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: