Selaku seorang yang pernah bekerja franchise F&B, sebenarnya agak mustahil untuk satu produk sampai tahap berulat. Here's why. (a thread) https://twitter.com/uecriwc/status/1309112942403743744
Staffs di station akan periksa tarikh luput semua produk dalam peti ais setiap hari. Biasa tarikh luput akan ada 3 level.

- Frozen (expiry can reach up to few years)
- Chilled (exp 1 day up to 1 month)
- Condiments (exp end of day up to 3 days)
Dan bila semua produk yang dah lepas expiry date mesti dibuang, walaupun rasanya masih elok atau tak habis diguna.
Lepas staffs Station periksa, manager (jaga kedai) akan periksa secara rawak biasanya ada hari manager periksa, ada hari tak periksa.

Lepas manager periksa, kadang² District manager (jaga daerah restoran) akan buat pemeriksaan rawak. Biasanya seminggu sekali dia akan lawat.
Dalam kes jarang, HQ akan hantar chef untuk pantau SOP semua. Biasanya juga mengejut. Chef akan bagi pemarkahan.

Dan penilaian berkala, HQ akan hantar pegawai penilai untuk nilai tahap kepatuhan SOP. Sekiranya gagal menepati standard, pembersihan menyeluruh mesti dilancarkan.
Kalau restoran ada sijil halal, dia akan ada pegawai yang buat ujian untuk pastikan kepatuhan peraturan menepati piawaian JAKIM. Kalau gagal, sijil halal akan digantung/ditarik.
Dan yang paling penting, sijil majlis perbandaran. Kalau ada pelanggaran peraturan, kompaun akan dikenakan, atau diarahkan tutup sehingga premis kembali menepati peraturan yang ditetapkan.
Atas tadi semua, aku cuma cerita berkenaan pemantauan SOP.

Proses pembukaan premis setiap hari juga, staffs akan bersihkan mop semua.

Lebih dahsyat waktu prosedur penutupan. Lantai mesti dicuci dengan kimia untuk mencegah perosak.
Closing procedures akan melibatkan basuh dan berus semua stesen kerja, bahan yang telah masak, dibuang. Pemanggang dicuci bersih. Dan sampah mesti dibuang.

- Sampah makanan.
- Sampah dari mesin pencuci.
- Sampah perangkap sisa makanan (kotak bawah sinki).
Peti ais dan peti beku juga dicuci secara berkala. Penapis air diganti secara berkala. Semburan/ perangkap anti makhluk perosak secara berkala.
Jadi, oleh kerana terlalu banyak lapisan pemantauan kebersihan, perkara (makanan berulat) ini adalah hampir mustahil untuk berlaku.

Jadi kemungkinan terbesar untuk perkara ni berlaku, tak lain tak bukan, adalah sabotaj.

(end of thread)
You can follow @yardope.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: