Pada 20 September 2020, saya ada membuat kenyataan melalui akaun laman Twitter saya “Arabella - rabbykrabby” dimana saya telah membuat dakwaan secara tersurat atau tersirat bahawa McDonald’s Malaysia menyajikan produk Ayam Goreng McD
yang telah tamat tempoh untuk dimakan, kotor, busuk, penuh berulat, tidak selamat dan merbahaya kepada kesihatan pelanggan-pelanggannya. Kenyataan di laman Twitter saya tersebut telah menjadi viral dan disiar-ulang melalui laman-laman sosial seperti Whatsapp, Facebook, Twitter
dan juga oleh media-media online serta blog-blog tertentu.
Saya mengesahkan bahawa kenyataan saya itu telah dibuat secara melulu dan tanpa usul periksa oleh saya. Pada hakikatnya, Ayam Goreng McD yang saya paparkan dalam siaran Twitter saya tersebut telah dibeli

dan disimpan di rumah saya beberapa hari sebelum itu. Oleh itu, ianya telah terdedah kepada suhu persekitaran yang mengakibatkan makanan tersebut menjadi tercemar.
Dengan ini, SAYA MEMOHON MAAF KEPADA PIHAK MCDONALD’S MALAYSIA kerana membuat dakwaan-dakwaan
Dengan ini, SAYA MEMOHON MAAF KEPADA PIHAK MCDONALD’S MALAYSIA kerana membuat dakwaan-dakwaan
yang palsu dan bersifat memfitnah berkenaan produk-produk McDonald’s. Saya sedar bahawa kenyataan saya tersebut telah mendatangkan kesan negatif dan menjejaskan reputasi dan perniagaan McDonald’s Malaysia.
Saya menyesali tindakan saya dan saya berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan saya ini. Saya juga meminta kepada semua yang telah menerima dan menyebarkan siaran Twitter saya tersebut untuk dengan segera memadam dan tidak lagi mengulangsiarkannya.
Saya membuat kenyataan ini secara rela hati dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.