Masuk IPT bukan semua aktiviti wajib join pun walaupun dilabel dgn perkataan “wajib”. Buat la aktiviti yg hang rasa beneficial saja. Yang rasa buang masa tu abaikan. Apa-apa pun kalau kena tindakan ka apa, hg ada peluang persoal dan bela diri. Masuk IPT kut, bukan tadika, kamon.
Kalau dari IPT dah kekal dengan attitude ikut saja semua benda mcm pak turut maka itulah masa depan hang nanti, dan itu jugaklah diri hang masa masuk alam kerjaya. Ya bagus, tapi tak berkembang la. Sekadar follow the flow. Last2 orang dah kemana, hg stay la situ sampai tua.
Masuk IPT ni selain dari berjuang untuk dapatkan cert dan result cemerlang, adalah proses pembentukan diri dan belajar menjadi manusia untuk berhubung dengan manusia lain. Tu yang lebih penting. Ijazah tu tak penting mana, yang penting adalah mentaliti hg sebagai siswazah.
Aku dulu suka join aktiviti or talk yg depa jemput orang-orang or ilmuan hebat. Sebab mmg masuk kosong, keluar dapat la serba sedikit isi. Aktiviti-aktiviti bangang, mmg aku buat bodo ja. Ada la aku tgk jugak yg gigih pi semata nak dptkan sticker aktiviti supaya boleh dok dalam.
Again, nak dok luaq or dalam tu bergantung pada kebijaksanaan hang sendiri. Tapi kalau tak berapa bijaksana, kumpui la sticker dengan cop aktiviti tu sampai lebam. Sebab akan ada ja unit yang kosong. Jadi masalah bila hg jenis memilih. Nak pilih roomate la housemate la.
Kalau hg boleh survive dalam apa keadaan pun, hg takkan kisah dapat roomate or housemate mcmana. Tu la salah satu cara hg train diri hg utk adapt dgn situasi. Kdg2 adapt dgn perangai orang lain, tak boleh adapt, penerajang. Nak selesa ka tak selesa tu terpulang atas diri kita.