Aku tak jumpa channel yt yg aku tengok dulu tapi ada 1 video mereka bincangkan mengenai organisma paling utuh di dunia. Of course tardigrade was mentioned https://twitter.com/ShauqiWawa/status/1308300593010675712
Tapi diorang ada terangkan mengenai satu salah anggap mengenai tardigrade, ia bukanlah organisma yang boleh tahan semua keadaan ekstrem, mitos tu tersebar kerana kaedah penyelidikan yang dijalankan bagi menguji ketahanan tardigrade ni dilakukan dengan salah
Perlu diketahui terma tardigrade sebenarnya bukan merujuk kepada spesis haiwan tersebut, tetapi merujuk kepada filum. Di bawah filum tardigrade ada 1300 spesis yang berbeza yang diketahui sekarang ini, dan spesis-spesis ini hidup di dalam habitat yang berbeza-beza
Ada spesis yang tinggal di kawasan lampau panas, ada yang tinggal di kawasan lampau sejuk, bertekanan tinggi, dan sebagainya
Silap kaedah kajian yang disebutkan adalah, pengkaji tersebut mengumpul pelbagai jenis tardigrade berlainan spesis dari habitat-habitat yang berbeza, mengumpulkannya ke dalam suatu kawasan, dan menguji kesemua sampel sekaligus
Dekat sini dah boleh perasan kesilapannya, spesis yang berbeza mempunyai sifat yang berbeza. Spesis tardigrade yang tinggal di kawasan lampau panas, sudah tentu mempunyai sifat tahan panas, tetapi tidak mampu menahan suhu yang rendah, dan sebaliknya
Apabila pengkaji tersebut melihat terdapat tardigrade yang masih hidup setiap kali selesai ujian ketahanan, beliau menyimpulkan bahawa ia boleh tahan terhadap pelbagai jenis keadaan
Tetapi perkara yang sebenarnya berlaku, tardigrade yang hidup tersebut merupakan spesis tardigrade yang tahan terhadap elemen ujian ketahanan tersebut. Jika diuji dengan ujian ketahanan lain, spesis tersebut tentu akan mati dan spesis lain pula yang akan hidup
Secara ringkasnya, setiap spesis tardigrade yang berbeza mempunyai ketahanan yang berbeza. Ibarat kucing yang walaupun sama spesis, ada berpuluh-puluh baka yang berbeza dengan setiap satunya mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri
Sekian thread (tak berapa) saintifik dari saya yang ditulis ingat-ingat lupa je
You can follow @amisterpotato.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: