Tips makan Subway

Jadi ada orang tanya apa tips nak makan Subway. Disebabkan Subway ni antara franchais fast food yang ada banyak sangat pilihan menu, meh aku tolong ajar korang cara mudah nak order subway.
Subwayni menu dia sandwich, ada empat bahagian.

Pilih roti, pilih menu, pilih sayur dan pilih sos. Nak order subway ni leceh sikit compare dengan fast food lain sebab korang kena decide nak Subway korang jadi macam mana.
Pilihan pertama; roti.

Roti Subway ni ada dua jenis, iaitu roti whole wheat dengan roti putih. Beza dia macam roti merah dengan roti hijau Gardenia.

Selain roti, korang boleh jugak order roti wrap Subway (flatbread) atau kalau korang tengah diet, order Salad (menu tanpa roti).
Roti whole wheat dekat Subway ni nama dia Wheat dengan Honey Oat.

Roti putih dekat Subway ni nama dia Italian, Hearty Italian dengan Parmesan Oregano.

Beza semua roti ni?

Beza utama dia adalah topping. Italian dan wheat tiada topping. Parmesan ada serbuk herba atas dia..
.. Honey Oat ada oat kat atas dia (tak manis pun walaupun nama honey) dan hearty italian ada macam serbuk jagung atas dia.

Kalau korang minat roti lembut, aku sarankan Italian. Kalau korang nak roti ada tekstur, aku sarankan Parmesan Oregano atau Honey Oat.
Next, order menu pulak. Menu Subway ni memacam, jadi aku listkan apa yang bagi aku menyelerakan tekak aku ya?

Chicken slice
Turkey breast and Chicken Slice
Roasted Chicken
Meatball Marinara
Chicken Teriyaki
Tuna
Steak and cheese
Subway Melt
Chicken slice ni asalnya produk utama Subway, sebab dulu Subway ada promosi Chicken Slice satu dalam RM7.90. Zaman sekarang dah takde la, sebab sekarang dah tak berbaloi kot. Chicken Slice ni bagus untuk orang yang tengah diet, sebab kalori sikit.
Menu diet seterusnya adalah turkey breast and chicken slice. Sejujurnya sebelum makan Subway, aku tak pernah tau Turkey tu rasa cemana, tapi lepas makan Subway, dapat la rasa beza sikit ayam dengan ayam belanda tu.
Next is Roasted Chicken. Bagi aku makan roasted chicken ni macam makan burger. Daging roasted chicken dia sedap, dan boleh makan terus takde roti pun takpe. Ini aku punya favorite Subway, personally.
Meatball Marinara pulak Subway yang sedap, tapi bagi aku dia ni paling leceh nak buat untuk customer. Sebab dia sedap adalah sebab sos Marinara dia (aum), tapi nak prepare sayur dia masyaallah susah. Nak bungkus lagi.

Mohon la jangan tambah banyak sangat sayur kat sub ni.
Chicken Teriyaki ni salah satu sub yang femes dekat Subway. Rasa dia manis (jarang subway rasa manis), dan aku suggestkan korang amek sos yang pedas sikit kalau korang order sub ni.
Tuna ni salah satu sub yang famous dan ada peminat dia sendiri, sebab ramai jugak sebenarnya yang minat Tuna.

Bagi aku sub ni okay nak makan sekali sekala, tapi at certain point kau akan rasa macam muak makan dia, sebab dia banyak mayonis.

Try sendiri la nanti korang faham.
Steak and cheese.

Haa. Ni satu-satunya subway yang aku suka makan tanpa roti. Sebaliknya, aku akan makan steak and cheese ni dengan roti flatbread kosong. Bubuh sayur, no sauce, add salt and pepper.

Rasa dia sedap, tapi aku rasa tak semua orang suka rasa subs tu.
Subway melt pula sebenarnya merupakan kombinasi chicken slice, turkey dengan beef strip. Sebab kenapa aku suka sub ni adalah sebab daging dia (beef strip) tu sedap.
Okay, dah siap pilih menu, korang biar je pekerja Subway tu bakar roti dengan daging yang korang pilih. Dah siap, pilih la sayur.

Tips pilih sayur ni, selain jeruk (jalapeno, olive dengan pickle), pilih la sayur yang nampak segar, okay?
Last but not least, sos.

Sos subway ni ada aneka macam sikit, tapi aku nasihatkan korang awal, JANGAN CAMPUR SOS BANYAK SANGAT, sebab nanti subway korang rasa sos je, takde rasa daging dah.
Ni list sos subway:

Sos cili,
sos tomato,
BBQ,
Mayonis,
Thousand Island,
Sweet Onion,
Honey Mustard,
Ranch,
Chipotle Southwest,
Yellow Mustard.

Ada certain sos ni kita biasa dengar, ada yg tak, so meh aku bgtau apa rasa dia.
Cili, dengan tomato ni rasa biasa la kot, semua orang dah kenal.

Mayonis subway pulak bukan macam mayo ladies choice, dia takde rasa manis. Jangan kau gedik letak mayo pastu expect manis.

BBQ pulak ada rasa hangus-hangus sikit.

Thousand Island? Rasa manis. Sos feveret aku ni.
Honey Mustard dengan Sweet Onion dua-dua rasa manis gila. Honey Mustard jenis manis berlemak, Sweet Onion rasa manis dia macam rasa gam. Eh?

Ranch dressing pulak rasa dia macam mayonis, tapi lagi masam. Ergh.

Chipotle pula sos pedas. Dia takde rasa manis masam, dia pedas terus.
Last but not least, YELLOW MUSTARD SUBWAY BUKAN SOS CHEESY WEDGES KFC! Dah kenapa selalu sangat customer mintak mustard lebih, dia ingat sos cheesy gamaknya.

Bukan. Sos mustard tu dia rasa kunyit. Kau amek sos tu, sub kau akan rasa kunyit pekat.

Sebabtu orang letak sikit je dik
Pro Tips 1: Subway ni mahal, kena akui tu. Tapi dalam masa setahun, akan ada dua kali Subway buat Buy One Free One.

So kalau korang rasa macam tak selalu sangat beli, boleh aim beli waktu promo macamni.
Pro tips 2: Korang boleh request untuk roti korang dibakar lama sikit. Boleh request double toast or triple toast.

Aku rajin double toast je.
Pro Tips 3: Cookies subway sedap. K ni bukan tips. Ni memang saje nak bagitahu cookies dia sedap. Kbai.
Additional tips 1: Set breakfast kat Subway sebenarnya agak murah, pilihan dia ada

Telur
Telur + Chicken Slice
Telur + Beef Strip
Telur + Tuna

Kalau rasa macam takde bajet tapi nak merasa gak Subway, hujung minggu pagi dalam kul 8 - 10 pegi la Subway.

Bajet dalam RM8.
Additional tips 2: Lepas bayar, simpan resit Subway, pastu buat survey.

Korang boleh dapat cookies percuma waktu pembelian seterusnya.
Btw aku baru tau dekat Indonesia takde Subway. Bertabahlah kome ye.
You can follow @_eL94.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: