[THE POWER OF DU’A]

Korang pernah tak, doa yang korang dah bertahun minta tapi Allah tak makbulkan? Tapi korang tak putus asa, still berdoa walaupun tak makbul?

I pernah. And I takkan lupa sampai bila bila apa yang I doa tu.

Nak tahu I doa apa?

[Ini adalah thread]
1/11
I doa yang one day I akan dapat khatamkan Al-Quran. Ye. Tu yang I doa pada Allah. Nak tahu berapa lama I doa baru Allah makbulkan?

3 tahun I Doa. Masa I 15 tahun. Maybe pada korang, eleh. 3 tahun je. Tapi pada I, penat tau tunggu 3 tahun. sampai nak give up. 😭☝🏻2/11
Sepanjang I sekolah menengah, I tak reti baca Al-Quran. Yes. I malu nak mengaku. Tajwid lagilah huru hara.
Pernah one day, kat sekolah, ada majlis khatam AlQuran, I memang rasa nak nangis waktu tu sebab I tk reti baca AlQuran.
3/11
Tapi, ada sorang sahabat I, Ain Najwa binti Othman. Dia tolong I, dia ajar I baca even though tergagap gila. Kami antara yang paling lambat habiskan baca Al Quran. Sebab Najwa tolong I baca satu persatu. I nak nangis tau waktu ni. Sebab shaking tengok ramai dah habis baca.
4/11
Waktu I umur 18 tahun, I nak sangatt masuk UIA. Antara faktor I pilih UIA, sebab ada kelas Tilawah Al-Quran. Even though, UIA guna English as first language. I dahlah noob English. Tapi I nak juga masuk UIA.
5/11
Alhamdulillah, Allah makbulkan doa I waktu I dapat tawaran masuk UIAM. Finally, doa I dimakbulkan. 😭😭 Time I foundation kat UIA, I belajar bebetul Tajwid and AlQuran. I happy sangat sebab dapat belajar. And paling penting, I dapat khatamkan AlQuran kat UIA.
6/11
Sepanjang kelas Tilawah sampai masuk Degree, I tak pernah dapat ustazah/ustaz yag garang. Semua baik sangat. I rasa macam Allah bagi rezeki pada I maybe sebab niat I nak belajar AlQuran bebetul. Kelas Tilawah waktu pagi pun I okay asalkan dapat belajar AlQuran.
7/11
I bersyukur yang Allah makbulkan permintaan I even though lambat. Sebab Allah tahu apa yang paling baik buat kita. Allah tak pernah kejam dengan kita. Allah sayang pada kita. Cepat atau lambat, hanya Dia yang tahu apa yang baik untuk kita.
8/11
Pengajarannya, Jangan berhenti berdoa. Please jangan! Sebab Allah dengar permintaan kita. Even sekecil-kecil permintaan dari kita, Dia Maha Mendengar.
Cepat atau lambat, kita berserah but please, Berdoa+Berusaha+Tawakal.
9/11
Alhamdulillah, I dapat baca and Khatam AlQuran better than before. I dah tahu sedikit sebanyak hukum Tajwid. But I still belajar lagi. If ada video tentang Tajwid, I cuba untuk dengar dan faham. Sekarang ni, I tengah istiqamah baca AlQuran everyday. Even one page a day. 💕
10/11
Ini sahaja perkongsian dari I. I bukan orang yang Alim, hanya manusia biasa sahaja. But I do believe the power of Du’a. I teringat ada ustaz I pernah kata “ Doa itu senjata buat Para Mukmin.”

Terima kasih sudi baca thread I. Share kalau rasa bermanfaat. 🥰💕✨
11/11
You can follow @skincaremochi_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: