Tahun 2010, gempar dengan kes seorang lelaki membunuh 4 orang ahli keluarganya. Bukan pembunuhan yang biasa kerana datuk, nenek, ayah dan adiknya di bunuh dengan kejam. Si pelaku iaitu Rashidi Ismail telah pun diadili tetapi dia terlepas daripada hukuman gantung.
Siti Mariam yg baru pulang dari sekolah masuk ke rumahnya melalui pintu dapur. Dia yang terpaksa menaiki bas, kemudian berjalan kaki untuk sampai ke rumah bertindak memarahi kakaknya yang sedang tidur di ruang tamu. Namun tiada sahutan kembali dari si kakak, Khatijah.
Mariam yang masih berang pergi ke ruang tamu tempat kakaknya tidur. Alangkah terkejutnya dia kerana si kakak yang disangka sedang enak tidur rupanya sudah tidak bernyawa dengan sebilah pisau terpacak di dadanya.
Dia yang ketakutan segera berlari menuju ke rumah datuk dan neneknya. Panggilan yang tidak bersahut. Rupa-rupanya mereka turut menerima nasib yang sama dengan kakaknya mayat atuknya, Atan, di temui dengan tangan kirinya terputus manakala neneknya, Sufiah, pula putus tangan kanan.
Selain Atan, Sufiah dan Khatijah, turut di bunuh dalam kejadian berdarah itu adalah Ismail, ayah kepada Mariam. Keadaan Ismail ketika ditemui sangat menyedihkan kerana mereka hanya menemui badannya sahaja. Kepalanya telah di penggal dan hilang dari lokasi kejadian.
[Pihak polis sedang menggali lokasi kepala Ismail yang ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam]
Sementara itu, tiada siapa sangka beg sandang yang di galas Rashidi di isi dngn kepala bapanya. Dia yg menaiki motosikal Suzuki dengan plat BAY 2805 bergerak ke pekan Tampin seblm menaiki bas untuk ke Shah alam bgi mengebumikan kepala bapanya di Tanah Perkuburun Islam Seksyen 21.
6 Januari 2010 iaitusehari selepas kejadian, Rashidi berjaya di tangkap pada pukul 4.05 minit petang di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Pukul 9.45 malam hari yang sama, Rashidi telah membawa pihak polis ke tempat dia menanam kepala bapanya itu.
Dengan tertangkapnya Rashidi maka dia bakal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika disabitkan kesalahan.
Semasa perbicaraan di mahkamah, Rashidi, 32, menyatakan yang dia menerima arahan supaya membunuh ke empat-empat mangsa. Arahan itu bukan datang dari bisikan tetapi dalam bentuk tulisan.
Arahan ini muncul dua hingga tiga hari sebelum kejadian pembunuhan itu berlaku. Selain melihat tulisan di dinding, Rashidi turut melihat visual yang bapanya di angkat ke langit dan di ibu meninggal dunia.
Selain itu, dia melihat abang keduanya bertukar menjadi batu manakala adiknya meninggal dalam kemalangan jalan raya.
Sehari sebelum kejadian pula, Rashidi tidak dapat melelapkan mata kerana asyik berkomunikasi dengan tulisan yang di libatnya iaitu tentang dajjal dan syaitan yang sudah banyak muncul di Malaysia.
Keesokan harinya pada 5 Januari 2010, sekali lagi tulisan itu muncul dan memberinya arahan supaya menikam datuk dan neneknya. Setelah selesai menuruti arahan itu, Rashidi pulang ke rumah untuk membasuh tangan dan pisau yang di penuhi darah.
Ketika itu dia melihat bapanya berlalu keluar. Tulisan di dinding muncul lagi dengan arahan supaya kepala bapanya di penggal, kemudian di bawa ke Thailand. Selepas itu barulah dia menikam adiknya yang juga di arah dari tulisan yang di lihatnya.
Keterangan dari Rashidi menyebabkan ibu dan ahli keluarganya yang hadir menangis hiba.
Turut memberi keterangan pada hari itu ialah bekas majikan Rashidi, Azhar Johari. Menurutnya suspek bekerja di syarikatnya dari September 2008 sehingga Mei 2009. Kelakuan Rashidi memang pelik kerana dia sering bercakap seorang diri dan suka mengasingkan dirinya di dalam longkang.
Selain itu, Rashidi tanpa sedikit pun perasaan takut akan makan dan minum ketika dia sedang memberi taklimat. Walhal tindakannya itu sesuatu yang tidak berani dilakukan oleh pekerjanya yang lain.
Manakala ibunya Zahara Atan, memberitahu mahkamah yang beberapa bulan sebelum kejadian, anaknya itu sering tersenyum sendiri dan menangis tanpa sebab.
Ada satu kejadian, di mana Rashidi memarahi dirinya sendiri kemudian menangis hanya kerana tersesat semasa membawa saya melawat seorang anak yang lain di Port Dickson.
Seorang lagi saksi iaitu adiknya Mariam, menyatakan yang kelakuan abangnya pada malam sebelum kejadian sangat pelik. Selepas Rashidi mengambil nasi di dapur, dia yang tak pernah-pernah makam di bilik Mariam , datang dan makan di situ.
“saya perasan yang senyuman abang kepada saya agak ganjil dan dia juga merenung saya atas bawah beberapa kali.”
Saksi terakhir iaitu Pakar Perunding Forensik Psikiatri dari Hospital Permai, Dr Badiah Yahya menjelaskan yang Rashidi ini adalah seorang pesakit “skizofrenia”. Sakitnya itu sudah dua tahun tetapi dia tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan untuk penyakitnya itu.
7 September 2010, selepas mendengar keterangan dari kesemua saksi, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan yang Rashidi terlepas dari hukuman gantung namun dia akan tetap di tahan di Penjara Kajang sehingga diperkenan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Menurut hakim Datuk Ahmad Nafsy Yasin, Rashidi melakukan pembunuhan kejam semasa dia berada dalam keadaan tidak siuman. Kerana itu, dia berpegang teguh kepada arahan yang dikeluarkan oleh halusinasinya sehingga terkorban empat individu.
Keputusan mahkamah di sambut dengan penuh kesyukuran oleh si ibu. Katanya, “Alhamdulillah, terlepas dari tali gantung. Masa sembahyang, makcik tidak putus-putus berdoa supaya dia terlepas dari hukuman gantung”.
Bagi Zaharah, dia sudah lama memaafkan anaknya Rashidi kerana dia anak yang baik. Sepanjang dia dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh, Penjara Kajang dan Hospital Permai, Tampoi, Johor, Rashidi selalu memohon maaf dan meminta saya agar tidak menangis.
"Memang ada perasaan marah dan terkilan tetapi itu takkan membuang rasa sayang saya padanya".
Tambah Zahara lagi, anaknya itu seorang yang pendiam,tetapi suka membantu.Dia bukan seorang yang panas baran.Tekanannya itu mungkin berawal dari kegagalannya dalam pertunangan sebanyak dua kali.Jika dia dibebaskan nanti,kami sekeluarga dengan lapang hati akan menerimanya kembali.
Nota : Bagi mengingati jasa arwah Atan yang merupakan bekas imam, penduduk bersepakat untuk menukar nama Jalan Seri Villa kepada Jalan Imam Atan di kampung berkenaan.
You can follow @ikaaaaa___.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: