Macam mana nak beli rumah? Berapa cost kena keluar bila nak membeli?

So harini aku nak share sikit proses jual beli rumah (subsale)

Ini adalah thread. RT!
Sebelum kita mula, proses yang aku akan share ni adalah untuk rumah subsale.

Rumah subsale ni rumah yang kita beli dengan owner, rumah secondhand la. Untuk details tentang jenis rumah boleh refer thread bawah ni

Dan proses ni diantara PEMBELI dan PENJUAL (owner) https://twitter.com/ameerwafiq/status/1263128262500249600">https://twitter.com/ameerwafi...
Ok jom start.
1. Booking dan Loan submission

Lepas dah view rumah dan confirm nak beli, benda pertama yang korang kena buat untuk book rumah tersebut adalah sign Agreement to Purchase (ATP)

Dan bayar 3.18% dari harga rumah sebagai earnest deposit
Contoh: harga rumah RM300,000
So earnest deposit 3.18% = RM9540

Biasa dengar 10% deposit, ni kenapa 3.18% pulak? Haa kejap lagi kat bawah akan explain.

*sepanjang thread ni aku akan guna contoh rumah RM300,000
Lepastu akan submit loan ke bank. Banker akan buat kerja selama 14 hari dan beri keputusan sama ada loan lepas atau tidak.

Kalau loan tak lepas? Jangan risau earnest deposit akan dipulangkan sepenuhnya kepada pembeli.

*untuk rumah pertama, bawah RM500K, boleh dapat 100% loan
2. Sale and Purchase Agreement (SPA)

Lepas loan dah lulus, lawyer akan buatkan SPA.

SPA adalah perjanjian di antara pembeli dan penjual. Lawyer akan explain setiap clause kat dalam SPA
Lepas dah sign, pembeli perlu buat bayaran baki deposit 6.18% dari harga rumah

6.18% = RM20,460

Termasuk earnest deposit sewaktu booking tadi, pembeli sudah membayar sebanyak RM30,000 iaitu 10% deposit.

Jadi perlu bayar lagi RM270,000 kepada owner dalam bentuk loan.
Untuk lawyer, pembeli perlu bayar:

Legal fees: ~1.7% = RM5,100
Stamp duty:
(1% x RM100k) + (2% x RM200k)
= RM1000+RM4000
= RM5000

Total = RM10,100

Cara kira stamp duty SPA boleh refer gambar di bawah
Tapi untuk rumah pertama, bawah RM500,000, RM300,000 yang pertama dapat pengecualian stamp duty.

So rumah bawah RM300k macam dalam contoh ni tak kena caj stamp duty
3. Loan agreement (LA)

Yang seterusnya, loan agreement. Kalau SPA antara pembeli dan penjual, LA ni perjanjian antara pembeli dengan bank yang dia buat loan
Sama macam SPA, lawyer yang akan sediakan LA. Jadi ada bayaran legal fees dan juga stamp duty

Legal fees: ~1.7% = RM5,100
Stamp duty: 0.5% = RM1,500
Total = RM6,600

*stamp duty untuk LA fix rate 0.5%
Kemudian, bank akan lantik valuer untuk value rumah yang kita beli. Sebab bank tak akan bagi loan lebih dari market value rumah tersebut.

Kat sini pembeli perlu bayar valuer
0.5% = RM1,500
4. Proses tukar nama

Ok so kat sini adalah proses paling lama. Tempoh proses tu bergantung pada banyak faktor. Kalau aku cerita kat thread ni, nanti jadi terlalu panjang

Tapi secara ringkasnya boleh refer gambar di bawah. Freehold dan leasehold itu adalah title rumah
5. Bank disbursement

Selesai tukar nama, bank akan release duit sebanyak dua kali

Untuk 1st disburse, bank pembeli akan selesaikan hutang penjual (kalau ada) kepada bank penjual

Faham tak? Tak faham haa ada contoh kat bawah.
Contoh, penjual waktu membeli dia buat loan RM150K dengan CIMB. Kemudian dia jual selepas 10 tahun duduk rumah tu. Dan ada baki hutang dengan CIMB sebanyak RM20K

Pembeli baru pula membuat loan RM300K dengan Affin Bank.

Jadi Affin akan membayar kepada CIMB sebanyak RM20K
Itu adalah 1st disburse ataupun redemption.

2nd disburse, baru bank akan release duit kepada owner.

Untuk contoh ni, pembeli buat 100% loan = RM300K. Baki yang pembeli perlu bayar kepada owner selepas 10% deposit cuma RM270K
So, buyer akan dapat semula RM30K deposit tadi dalam bentuk cash *kalau tak faham part ni DM please haha

Selesai bank release duit, penjual diberi masa 7 hari untuk membuat penyerahan kunci kepada pembeli

Selesai sudah proses jual beli, pembeli dapat rumah penjual dapat duit
Conclusion sikit, total cost yang perlu pembeli keluar:

SPA: RM5,100 (tanpa duty stamp)
LA: RM6,600
Valuer: RM1,500
Total=RM13,200

Deposit 10% = RM30,000

So untuk rumah RM300,000 kena ready cash RM43,200 https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="âœŒđŸ»" title="Siegeshand (heller Hautton)" aria-label="Emoji: Siegeshand (heller Hautton)">
Sampai sini je thread kalini. Thank you yang baca sampai habis, maaf kalau ada part tak jelas

Boleh DM or direct whatsapp terus kalau ada soalan. Anything about property I will entertain

Sekian,
Ameer Wafiq perunding hartanah
You can follow @ameerwafiq.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: