Sebabkan sejak kebelakangan ini, hangat tentang topik ta’liq. Teringin nak share semula kisah seorang lelaki yang lafaz cerai ta’liq dekat isterinya.

Lafaz dia adalah “Kalau bulan malam ini lebih cantik dari isteriku, maka cerailah dia dengan talak satu.”
Kisah ini berlaku pada zaman Imam Syafi’e RH.

Agak pelik juga kenapa dia melafazkan ta’liq sebegitu. Selepas melafazkan, ternyata bulan malam itu kelihatan cantik sekali.

Maka barulah dia menyesal dan mulai tertanya apakah jatuh talaknya.
Dia pun pergi berjumpa dengan Imam Malik (guru Imam Syafie) tentang permasalahan ini. Imam Malik menjawab bahawa talaknya jatuh.

Tapi dia kurang puas dengan jawapan Imam Malik. Maka dia pergi bertemu dengan Imam Syafie pula.
Dia pun tanyakan soalan yang sama, kali ini Imam Syafie menjawab berbeza. Beliau mengatakan talaknya tak jatuh. Itu kerana bulan tak akan boleh lagi cantik dari isterinya.

Berdasarkan ayat Quran:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
Daripada ayat Quran ini, Allah ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk. Melebihi dari makhluk yang lain. Ini termasuk bintang, bulan dan seumpamanya.

Oleh itu. Isterinya tetap lebih cantik dari bulan, jadi tak jatuh talaknya tadi.

Lelaki itu berasa lega.
Jawapan Imam Syafie berbeza dengan Imam Malik kerana mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Apabila jawapan Imam Syafie disampaikan kepada Imam Malik, Imam Malik juga setuju dan mengatakan anak muridnya benar.

Lihat adab para ulama yang saling menghormati satu sama lain.
Jadi apa pengajaran kisah ini?

1. Tak usah lah buat lafaz ta’liq yang sebegini. Sebelum buat itu hendaklah rujuk dengan orang yang berauthoriti. Apatah lagi jika lafaz itu mempunyai sifat subjective atau vauge dsb.

Dalam hal ini “cantik” itu subjective.
Ia akan hanya menyukarkan pihak mahkamah untuk menentukan hukum. Ini yang akan membuat pernikahan itu dalam keadaan syubhah. Bahaya.

2. Bijaksana Imam Syafie yang tinggi dan akalnya yang cerdas. Untuk menjawab masalah yang rumit ini, bukan suatu perkara yang mudah.
3. Allah swt menciptakan manusia dalam bentuk yang terbaik. Hanya kita yang tidak sedarkan itu. Tetap saja tidak menghargai dan mencintai diri sendiri.

Seringkali kita terpegun dengan langit senja yang indah. Kita lupa bahawa kita juga mempunyai keindahan itu.
Kita sering tertarik dengan manusia lain yang kita anggap lebih sempurna. Sedangkan kita semua adalah sama; kumpulan tanah yang diberikan nyawa.

Jadi bersyukur lah dengan apa Tuhan berikan buat kita. Percayalah bahawa kita adalah mahakarya Nya.

Moga kisah ini bermanfaat. ✨🤍
Kisah tadi saya ambil dari guru kami ; Ustaz Nazrul Nasir Al Azhari Hafizullah.

Wallahualam.
Kalau kalian sukakan kisah kisah Islami yang menarik. boleh baca buku saya "Ketika Hati Berfatwa". buku ini ada saya himpunkan kisah ulama dan para solehin yang dapat dijadikan pengajaran. ✨

Order: http://www.nukilanbiruni.com  https://twitter.com/MustaqimJiwa/status/1297144265412243457?s=20
You can follow @MustaqimJiwa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: