Okay, hari ni kita nak bahas hukum orang yang terbabas solat subuh.

[Thread]
1. Jika sejak masuk waktu subuh tidak sedar sama sekali dan baru bangun setelah matahari terbit, maka tidak ada dosa baginya. subuh yg terhutang ini wajib diqodho’ bila-bila saja. Baiknya segera, tapi boleh juga selama masih ada umur dan kehidupan.
2. Jika setelah masuk waktu subuh, ia tersedar tapi sengaja menangguh-nangguh atau sengaja tidur lagi (dan dia yakin tidurnya akan terlajak) sampai terbit matahari, maka ini adalah salah satu dosa terbesar dan keburukan terburuk yg dilakukan seorang muslim.
3. Dalam kitab kitab Fiqh dijelaskan, seorang muslim yg tidak mengerjakan solat sampai habis waktunya, diminta taubat, jika tidak mahu, mesti dijatuhi hukum penggal oleh hakim. Bayangkan betapa besar dosa yg hukumannya sampai kena penggal kepala.
4. Setelah bangun tidur pada point kedua, wajib taubat, dan wajib segera mengqodho solat subuh. Tidak boleh ditangguh seperti qodho’ subuh pada poin satu. Yang ni kena on the spot!
5.Jika bangun dari tidur sebelum terbit matahari , maka kena memperhatikan dulu berapa sisa waktu yg tersedia sebelum terbit. Silakan tengok jam dan jadual terbit matahari pada apps anda. Kalau belum ada, Install sekarang. Tak ada yg lebih penting dari solat.
6. Jika waktu yg tersisa hanya cukup untuk wudhu (dengan cepat) atau lebih sempit dari itu( tak sempat solat) maka hukumnya sama dengan poin satu. Solat subuh diqodho bila bila waktu boleh. Segera lebih baik.
7. Jika sisa waktu masih cukup untuk wudhu dan satu rakaat solat, maka tidak ada yg boleh dikerjakan kecuali segera wudhu dan solat. Wudhu pun tidak perlu sunnah. Jangan mandi atau gosok gigi. Rakaat pertama solat subuh mesti dikerjakan dalam waktunya (sebelum terbit matahari).
8. Jika waktu yg tersisa masih banyak, dan setelah angkat takbiratul ihram diperkirakan masih boleh menyelesaikan solat dengan cepat sebelum habis waktunya, maka lebih baik solat disempurnakan dengan melakukan sunnah sunnahnya.
9. Mesti semua tahu, dua rakaat subuh dengan berjamaah sama nilainya dengan solat sunnah semalam suntuk. Bayangkan dapat berapa ratus rakaat. Sedangkan berjamaah isya pula, solat sunnah seperti separuh malam.

Usahakanlah..
10. Pada point satu, secara fiqih memang tidak dosa, tetapi orang orang soleh jika mereka mengalami pasti menangis, mencari tahu mengapa ia tidak diizinkan Allah untuk menghadiri undanganNya.
Dosa apa yg membuatnya tertolak memasuki majlis dibaca:pesta yg digelar oleh Allah, yg saat itu dihadiri dan dinikmati oleh para awliya dan orang-orang soleh seluruh dunia.
11. Begitu juga apabila dengan meninggalkan solat jamaah. Pasti ada dosa busuk yg membuat seseorang ditolak oleh Allah untuk ikut menikmati hidangan istimewaNya, bersama kekasih kekasihNya.
12. Aturan berlaku untuk solat lain juga.

Boleh faham kan? baca slow-slow. Hadam baik baik.
Rujukan : Ghayatul Munaa, Hasyiah Baijuri
You can follow @aliimranaz.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: