Buat sebab passionate nak berjaya!

i start berniaga dari 2014. start buat online. macam2 niaga..waktu tu takde sapa nak refer main buat ja,tapi sebab suka tengok orang berjaya i buat ja.

that time kalau kira untung berapa sangat dgn panas,hujannya then barang2 nak niaga offline
Waktu awai 2014 tu bqru start online. Online pun sebab nak exposure. Lepas tu banyak p masuk event.

So macam intergrade market dari ig to offline.

Waktu i niaga tu i tgh pregnant mika tau. So dekat situ lah juga kumpui duit utk baby.
Hujung 2013 i habis degree uitm. Then tk kerja. So berjinak2 buat bisnes.

Pertengahan 2014 @AmmirHamdan kerja kat rawang. I tak mau dok jauh dgn dia sebab habis degree i balik taiping.

So ikut lah ammir dok rawang.

Waktu kat rawang ni kami dok rumah kongsi ja (+)
Sebab ammir kerja as safety site supervisor. Jadinya rumah 2 tingkat kongsi dgn org lain. Gaji ammir that time RM1650 ja.

So that time was the turning point kami nak start niaga. Nak buat side income
Waktu dok rawang i ada kerja gak. Memula kerja as graphic designer then fotographer kat satu butik.

Waktu kerja butik ni i dapat ilmu sikit2 buat online business sebab depa niaga online.
Then wakru kerja butik tu i dah sarat pregnant tau. So ammir suruh stop sebab niaga online ok dah. Then dia masih kerja.

Waktu tu kami niaga bf shirt. Zaman2 2015 mmg trends yehttps://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="🤣" title="Lachend auf dem Boden rollen" aria-label="Emoji: Lachend auf dem Boden rollen">.

Tapi penat gila sebab kena masuk event tau. Berjam2 tunggu and kadang2 tak untung pun
Then on 2015 dekat hujung2 tahun i start buat fully online. I start @mimpimikaHQ dgn zero follower waktu tu.

I cakap kat ammir i nak niaga. Then dia cakap “ok buat lah”

Waktu tu i start modal 2 ratus ja. I tak jual skincare that time sbb i mana reti skincare waktu tuhttps://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="🤣" title="Lachend auf dem Boden rollen" aria-label="Emoji: Lachend auf dem Boden rollen">
2016-2018 i jual supplements. Then i stop.

Bukan sebab takde market tapi i start suka skincare waktu tu. i memang tak reti tu, banyk je yg kecam i kat i tiru apa semua, kata i tak pandai tapi i tahu selagi i usaha, selagi tu ada peluang i dalam dunia skincare
I belajar tgk blog, baca dari google, tanya chemist dekat kilang. Dari situ i paham dah sikit2.

Waktu i into skincare, lokal produk masih lagi di pandang like _____.

Mesti kata timbang kilo.
But Alhamdulillah starting 2019 lokal produk diterima ramai lagi2 dalam twitter ni.

I jenis kalau i nak buat i akan buat. Sebab i jenis memang ambil risiko.

Bagi i kalau tak pndai dalam sesuatu tu belajaq. Jgn bagi alasan
btw ni i selit sikit time i kerja as graphic designer. i pregnant time tu memang comot..

then niaga bf shirt i juga model that time haha
On btw on 2016 i kerja kejap. 3 bulan as Exc corp comm dekat KTMB. I stop kerja sebab Mikail kena dera.

Tapi waktu ni business running macam biasa
On 2016 tu i dgn ammir buat niaga sama2.

Business ok until 2019. We hit the bottom ground.

Waktu 2019 i akan ingat sampai bila2. I ingat lagi i hanya ada rm20 dalam bank.

I ingat banyak org reject i and mmg banyak pgalaman i belajar waktu business tgh jatuh
Tapi that time i tak pernah kata nak giveup. I sentiasa doa dkt Allah supaya kuatkan hati i supaya teruskan niaga ni.

I belajar banyak benda waktu tu. i belajar nak manage duit, managae masa dll
Pahit nak ditelan tapi itulah pengalaman. Tahun 2019 i buat je macam2 tapi i anggap bukan rezeki Mimpimika. Sampai tahun 2019 kena bayar gaji staff pun 2x sebulan. Peritnya bila ingathttps://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="😭" title="Laut schreiendes Gesicht" aria-label="Emoji: Laut schreiendes Gesicht">
Then on 2019 i selalu cakap 2020 gonna be my years! Alhamdulillah Allah makbulkan babehttps://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="🥺" title="Pleading face" aria-label="Emoji: Pleading face">

December 2019 agent i 8 orang sahaja, rite now i ada dekat 30 stokist + semua agent ds dekat 750 org https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="😭" title="Laut schreiendes Gesicht" aria-label="Emoji: Laut schreiendes Gesicht">
Allah maha kaya. Dia tak pernah tidur, tidak kejam dgn hambanya. Carilah cinta dia. I selalu ingatkan team i supaya solat awal waktu, niatkan business kerana Allah. Sebab semua dalam dunia milik Dia.

Jadinya korang apa2 korang buat now sentiasa lah lihat disudut yg positive
Long story short by now i dah ada 2 orang staff.

In future i nak hire lagi ramai staff and Alhamdulillah during Covid we manage to survive.

Org buat bisnes ni sentiasa ada cabarannya. Jadi prepare your mental and fizikal.

Jgn biasa cakap “nak giveup”
Tapi tukar “i can face this!”

Sentiasa motivate diri sendiri. Jangan bandingkan diri dgn orang lain. Bersaing lah dgn diri sendiri dan start buat.
Dkt twitter ni ramai gila org muda rajin tapi cuma kadang2 dorang ni demotivated bila tgk org lain.

Jgn mcm tu ok? Ingat balik janji Allah “siapa yg berusaha pasti Aku akan berikan ganjaranNya”

Have faith and keep doing
Lastly i nak pesan. Please trust your proses. Berniaga dengan jujur dan saksama. Jangan banyak sgt fikir last2 tak buat then blame others. Stop condemning and stop give excuses ok?

Korang ada potensi. Just do it now!
You can follow @AtulMimpimika.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: