Bapak aku meningal umur 60tahun , pergi ke perkeso utk tuntut apa2 hak situ boleh dikata umur terlebih tidak dapat tuntut apa2 , jadi apa function lanjutankan umur suruh kerja sampai umur 68tahun ?bulan10 depan cukup setahun bapak aku meninggal tapi satu sen perkeso tak dpt?
Bapak aku masih bekerja walaupun umur dia dah 60tahun saat tu ...tiap2 bulan socso(perkeso)potong tapi bila bapak aku belum meningal lagi takde dapat apa2 imbuhan dari perkeso ? ... Sampailah bapak aku dah takde sekarang...jadi perkeso ni apa function dia ?
Mak aku sampai buat pencen pendakap ... Katanya boleh buat rayuan jadi mak aku buat bulan 12/2019 tahun lepas ... Tapi bulan 7/2020 baru dapat maklum balas utk naik mahkamah perkeso tapi hampanya lepas 2minggu dpt maklum balas DUKACITA tidak layak ?! Walhalnya
Mak aku masih punya tangungan adik aku yang masih bersekolah .. dan aku disini tertanya apa guna potong socso(perkeso) tiap2 bulan tapi bila terjadi macam ni tiada apa makna ? Ibarat bapak aku kerja setengah mati pun tapi satu sent tak boleh nak tuntut ?
Selama 11bulan ni takde satu pencen dari arwah bapak aku bekerja sedangkan dia masih mencarum dalam perkeso ?? Itu belum aku cerita soal alasan dan juga tiada alasan yg diorang layan mak aku
Diorang punya alasan " PENCEN PENDAKAP INI HANYA BOLEH DI TUNTUT PADA UMUR 55TAHUN SAHAJA " korang rasa ? Bapak aku boleh plan ke nak mati tahun bila nak sakit waktu bila ???Diorang takde tulis pon syarat ni pada kertas waktu Kita semua rakyat malaysia mencarum termasuk bapak aku
Jadi mak aku try call melalui pengaduan awam dan disitu disuruh pergi ke pejabat utk mendengar hal masalah perkeso yg dihadapi mak aku , jadinya diorang syor kan utk guna penguam bela yg tidak perlu bayaran tapi pergi utk cerita hal disitu pulak
Tapi mak aku cerita dari A - Z apa dah terjadi pada mak aku mengenai perkeso , peguam tu perkata " KAMI BUKAN TANAK TOLONG TAPI INI MASALAH RUMIT DAHULU KAMI PUN PUNYAI CLIENT SEPERTI MAKCIK MASALAH YANG SAMA TAPI KES TU TIDAK DAPAT SETEL KERANA DIORANG SANGAT CEREWET "
Sebelum tu aku nak cerita kerana apa mak aku sampai cuba jumpa dengan peguam bela tu , kerana surat yang ditulis mak aku utk dihantar ke perkeso semua nya telah diubah termasuk sekali tanda tangan mak aku didalam surat2 yg sepatutnya 💯 adalah seperti apa mak aku tulis kan tetapi
90%didalam fail perkeso itu telah diubah dan bukan apa yg mak aku tuliskan ... Dan aku masih terkesan dgn cara perkeso !!!
Jadi aku nak kan keadilan !!! Bapak aku meningal dengan cara tidak dirancang tapi takkan kesudahan bapak aku takde makna dipermainkan macam ni , ramai yg nasib sama macam bapak aku siapa nak bela kami ni ..kenapa dimainkan kami yg kerja swasta begini !!!!
Tolonglah bantu aku dah cukup buntu😖
Dan terbaru ni aku dengar diorang menyeru orang nelayan utk mencarum bersama perkeso , diorang tak sedar ke 90% nelayan kebanyakan umur 70tahun keatas jadi apa muslihat diorang suruh orang nelayan sama mencarum , hmmm korang nilai lah sendiri 😖
Dahlah duit akhirat kematian pun tidak boleh dapat atas alasan sama ( UMUR LEBIH HAD ) hmmm sedangkan bapak aku meningal umur 60tahun dalam surat mati tapi diorang kira 60tahun 1bulan 10hari entah mana datang bulan datang hari kiraan diorang hmmm
Aku cuma nak hak yang sepatut mak aku dapat dari caruman bapak aku selama ni bekerja siang malam tapi terus sepi atas alasan umur lebih 60tahun 😖
Dan aku tahu ramai yang senasib macam apa mak aku tengah alami sekarang 😖 .... Bagilah hak kami
Aku harap nasib mak aku sebagai isteri pencarum terbela dengan sewajarnya 😖
You can follow @hazifflatiff.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: