Kejayaan sekumpulan saintis tempatan yang diketuai Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim menghasilkan kit ujian pantas (“rapid test kit”) pertama di dunia yang mempunyai ketepatan bacaan sama dengan ujian dilakukan di makmal berupa satu kebanggaan kepada negara.
Inovasi yang dihasilkan ini dilapor mampu mengesan COVID-19 dengan menggunakan air liur pada kadar lebih murah dan cepat.
Kumpulan saintis ini telah tersenarai antara 15 finalis bagi Anugerah Komuniti, MIT Solve Challenge anjuran Massachusetts Institute of Technology (MIT) sebuah universiti berprestij Amerika Syarikat.
Sebagai penghargaan dan motivasi kepada anak watan ini, marilah kita sama-sama mengundi demi kejayaan mereka; undian boleh dibuat dengan mendaftar masuk di https://solve.mit.edu/challenges/health-security-pandemics/solutions.
Dalam masa yang sama, saya berharap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dapat membantu mengkomersialkan inovasi kumpulan saintis tempatan ini pada kadar segera.

DR. WAN AZIZAH DR. WAN ISMAIL
You can follow @drwanazizah.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: