Ada yang bercita-cita nak jadi "Full Time Trader (FTT)" atau nak trade for a living?

Thread ni just untuk kongsi pengalaman peribadi dan mungkin berguna untuk dijadikan panduan. Sebab aku tak tahu nak buat apa sekarang tapi otak terus mendesak supaya buat sesuatu
Full time trader ni apa sebenarnya?

Full time trader merujuk kepada individu yang menjana pendapatan secara sepenuh masa melalui aktiviti perdagangan (trading).

Dalam erti kata lain, trading ialah sumber kehidupan dia dan sumber pendapatan utama dia.
Instrument perdagangan atau aset yang didagangkan pula boleh jadi pelbagai, seperti foreign exchange (forex), stock, commodity, index dll.

Biasanya seorang FTT tak akan bergantung dekat satu jenis kelas aset je.
Berapa banyak cash yang diperlukan untuk FTT?

Secara jujurnya, 10,000 USD sudah mencukupi sebagai "modal operasi."

Tapi persoalan ni terlalu subjektif. Sebab lain orang, lain size "periuknya."
Boleh hidup mewah ke dengan menjadi FTT?

Trading sebenarnya sama saja dengan perniagaan. Ada perniagaan besar, ada perniagaan kecil.

Trader selalu dikaitkan dengan kemewahaan sebab terlalu ramai pihak tak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan ke atas orang lain.
Biasanya mereka akan umpan orang melalui gaya hidup mewah, dengan kereta (sewa) besar, barangan berjenama dan menjanjikan kesenangan.

Realitinya, tak ada siapa peduli dekat nasib hidup kau. Tak ada orang yang terlalu baik hati nak ubah hidup kau. Mereka cuma gunakan kau
Trading sama seperti perniagaan.

Bukan semua pemilik perniagaan tu kaya raya. Ada trader kaya, ada trader di tahap biasa saja. Banyak faktor yang mempengaruhi tahap kekayaan seseorang trader. Modal salah satu faktor utama.
Dengan modal yang besar, anda dengan mudah dapat buat satu ribu, dua ribu, tiga ribu USD dalam satu malam.
Ada trader yang bermula dengan modal yang kecil tapi dapat grow dengan cepat.

Trader jenis ni selalunya bermain dengan risiko yang tinggi. & agak susah untuk cari risk taker seperti ini yang dapat maintain lama. Biasanya mereka naik dengan cepat, mereka jatuh dengan cepat.
Survival ialah antara skill utama yang perlu dikuasai jika anda nak jadikan bidang ni sebagai kerjaya sepenuh masa.

Sebab jika anda tak dapat survive, anda perlu kembali ke kehidupan 9-5.
Trading ialah "game of probability."

Dalam erti kata lain, kelangsungan hidup anda sebagai trader bukan dipengaruhi oleh skill meramal arah pergerakan harga.

Tapi skill menguruskan risiko.
Mengenalpasti trend direction dalam market penting. Tapi pengurusan risiko lebih penting.

Sebab ramai yang betul dalam analisis, tapi result mereka negatif.
Dalam trading tak ada istilah ilmu basic atau ilmu advance.

Istilah ni wujud sebab penjual ilmu saja. Letak label ilmu advance, dapat caj mahal sikit.

Manakala, sifu-sifu yang baru nak up, gigi baru nak tumbuh, mereka guna istilah ilmu basic. Sebab target mereka beginner
Mereka guna istilah basic sebagai firewall untuk menjauhkan diri dari orang yang lebih berpengalaman.

Nanti course mereka dihadiri oleh orang yang lebih berpengalaman, mati kutu kalau ditanya soalan-soalan killer. Silap haribulan, mereka pun tak habis belajar lagi
Dalam trading, satu teori atau satu method pun sudah cukup untuk buat profit. Misalnya Support & Resistance, atau Candlestick Japanese Technique atau Chart Pattern Analysis.

Dengan syarat, anda betul-betul faham dan mampu menguasai method tu dengan baik.
Profitable trading memang membosankan.

Sebab kita ulang perkara yang sama setiap hari. Ujian yang sukar untuk FTT yang dah profitable ialah bila mereka mula mencari kelainan dan keseronokan dalam trading.
Waktu tu mereka akan mula mencari method baru atau menguji teori-teori baru. Bila bertukar method, mereka akan bermula dari zero semula. Dan mereka akan hilang rentak.
Seperti yang disebut di atas tadi, trading ialah game of probability.

Jadi, ada profit dan ada loss. Dalam 10 kali trade, anda tak perlu betul melebihi 5 kali. Salah 9 kali pun, dengan 1 profit anda dapat cover semua loss dari 9 position sebelum ini.
Ia memerlukan kemahiran dan kekuatan emosi.

Keberanian untuk memotong kerugian (bad trade) lebih awal dan keyakinan untuk hold good trade (keuntungan) lebih lama.
Lagenda ada berkata,

Seorang champion tidak dilahir di atas katil. Seorang champion dilahirkan dari kejatuhan, kegagalan, kesilapan, kekecewaan dan kerugian.
Aku berpendapat, selagi seseorang itu belum merasa kejatuhan, kegagalan, kesilapan, kekecewaan dan kerugian yang tiada tara, selagi itu dia belum bersedia untuk ke tahap yang lebih tinggi.
Ujian terhebat seseorang bukan faktor luaran seperti market, broker atau pihak lain.

Ujian terhebat seseorang ialah diri sendiri, psikologi dan emosi.
Akan sampai satu tahap di mana kita akan mula mempersoalkan jalan yang kita pilih.

Kita akan mula diserang oleh emosi sendiri, meminta dan mendesak supaya kita berputus asa.
Dalam bidang-bidang lain pun, pada pandangan aku sama saja.

Emosi ibarat roda yang berpusing. Motivasi manusia ada turun naik. Waktu down, untuk naik semula ke atas, memerlukan suntikan semangat yang besar.
Oleh itu, persekitaran dan bulatan kenalan kita juga penting. Supaya waktu kita jatuh, ada tangan yang dapat memaut kita supaya dapat naik ke atas semula.

Bukan bulatan kenalan yang terus memijak-mijak kita hingga termendap jauh ke dalam.
Trading kalau kena cara, memang boleh dijadikan kerjaya sepenuh masa. Semuanya bermula dengan attitude kita. Disiplin dalam pengurusan risiko, kemahiran survival dan kekentalan emosi.
Yang melambatkan proses seseorang untuk berjaya bila mereka masuk dalam circle yang salah dan bertemu dengan orang yang salah.
Sekarang ni ramai budak-budak, umur baru 19 tahun, 20 tahun, tapi pakat berebut nak jadi sifu. Dengan alasan nak membantu orang lain.

Kalau tak siasat betul-betul, memang kena kencing bau nestum je.
You can follow @Jackvladamir.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: