Bumi sebenarnya berputar sangat laju, kira-kira 1600km/h. Kita tidak merasai kelajuan tersebut kerana bumi berputar dengan kelajuan yang tetap dan kita semua ikut berputar dengan kelajuan yang sama. Pernah tak terfikir apa akan jadi kalau bumi tiba-tiba berhenti berputar?
Kita semua akan mati. Jika ada terselamat pun, populasi manusia diambang kepupusan dan bumi bakal hancur. Bayangkan kita naik kereta api terlaju di dunia Shanghai Maglev (431km/h), tiba² ia berhenti. Kita di dalam tu tercampak jauh & laju mana? Bayangkan bumi 1600km/h berhenti???
Selain manusia tercampak seperti debu-debu, kita juga akan berdepan dengan mega tsunami dalam masa beberapa minit sahaja. Gambarannya mudah, bayangkan inertia air dalam cawan. Pindahkan kepada air laut bumi, jika bumi berhenti mengejut pada kelajuan 1600km/h!!!
Ada yang hairan kenapa sesetengah negara, malam dan siangnya panjang. Jawapannya kerana mereka dekat dengan lingkaran kutub (Artik dan Antartik). Kawasan kutub mengalami waktu siang dan malam 24 jam selama lebih kurang 3 bulan. Jadi apa kaitannya dengan bumi berhenti berputar?
Jika putaran bumi berhenti, seluruh penduduk bumi akan mengalami siang dan malam berterusan selama 3 bulan. Banyak hidupan di luar kawasan kutub akan mati. Cuaca juga akan menggila. Pendek kata, banyak hidupan akan terjejas atau boleh dikatakan pupus. Ada pandangan tambahan?
Jawapan kepada persoalan tambahan:
Bumi berputar 24 jam je sehari jadi macam mana boleh selaju 1600km/h? https://twitter.com/AdDien90/status/1305089353484439553?s=19">https://twitter.com/AdDien90/...
Bumi berputar 24 jam je sehari jadi macam mana boleh selaju 1600km/h? https://twitter.com/AdDien90/status/1305089353484439553?s=19">https://twitter.com/AdDien90/...
Kalau bumi berputar selaju 1600km/h, enapa kita tak rasa mabuk/pening pun? https://twitter.com/AdDien90/status/1305093102944706560?s=19">https://twitter.com/AdDien90/...