Kepada yang pakai kaca mata, susah tak pakai tudung dengan kaca mata ni ? 😭😭

Takpe saya ada tips untuk 🧕🏻 yang berkaca mata !

Tip 1
🌼 Jangan pin tudung ketat-ketat ! Nanti sakit dibahagian atas telinga sebab bingkai kaca mata 😭
Tip 2
🌼Nak pakai kaca mata di dalam/ luar tudung ? 🤔. Dua-dua boleh ikut keselesaan tapi saya nasihatkan pakailah di dalam ( bingkai kaca mata di dalam tudung) sebab telinga kita kan di dalam tudung jadi nak sangkut bingkai dekat mana ? Tudung kan kain lagi lah licin kot 😅
Tip 3
🌼Jangan masukkan kaca mata dalam anak tudung tapi masukkan dalam tudung. Hahaha kalau lelaki baca mesti pening kan? Tapi takpe saya yakin yang perempuan faham 😂😂. Okay, kenapa jangan masuk dalam anak tudung ? Sebab nanti tudung kita kembang nampak anak rambut pulak🙁...
Tip 4
🌼Untuk mereka yang berkaca mata, pilih gaya tudung yang tidak perlu lilit kerana itu lebih cantik dan kemas ! Selain itu boleh cuba gaya tudung yang tidak perlu pin di bahagian dagu trust me lagi selesaa 😭 . Kalau nak yang pin di bahagian dagu boleh cuba gaya yang...
...pin di bahagia dagu tapi satu bahagian tu keluarkan sedikit ! Aaahh susah nak explain ! Nah gambar 🤣 . Maaf ye buruk muka sis ni je yang ada 🥺
Tip 5
🌼 Jangan lipat tudung tinggi sangat nanti mcm ada lubang pulak tapi kalau sesuai dengan muka apa salahnya kan😜
Tip 6
🌼 Waktu korang beli kaca mata, belilah kaca mata yang tak kembang bila pakai dengan tudung. Ambil yang bingkai dia kecil baru selesa nak pakai nanti 😘
Tip 7
🌼 Sebelum pakai tudung lap dulu kaca mata supaya nanti tak payah nak bukak2 🤓

Kalau ada lagi saya tambah dalam thread ni ye ❤️ . Apa-apa pun perempuan yang pakai kaca mata ni mmg cute sangat 😭😍!
This thread is about #tipsbyMayraa
You can follow @mayraascarves.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: