Korang dah tengok ke collection PSG Jordan ni? Perasan tak kenapa kit PSG selalu lain dari yang lain? 🤔

Nak tahu kenapa? Meh kami cerita sikit macam mana Nike & PSG punya plan untuk jadikan PSG the world most fashionable football club. (Short Thread)
Semuanya bermula since Qatar Sport Investment take over PSG pada tahun 2011. First mission diorang adalah menaik taraf squad, jadi diorang spend berbillion untuk beli player terkenal & power.
Antara nama terbesar signing PSG adalah Cavani dengan 64 million euro, Ibrahimovic 21 million, Mbappe 180 million & pemegang rekod transfer tertinggi dunia Neymar dengan 222 million 💶💶💶
Investment tersebut menjadikan PSG kini sebuah kelab yang solid & dapat bersaing setaraf dengan club club gergasi eropah yang lain. Namun, club tersebut terlalu bergantung kepada keuntungan minyak daripada investor arab mereka sahaja.
Ini terlalu high risk untuk sesebuah kelab bola sepak. FC Malaga merupakan satu contoh kelab yang menderita apabila investor dah tak minat nak invest secara mengejut. 💸
Oleh itu, ceo PSG decide untuk tak bergantung hanya pada duit investor & memasuki market baru dengan membina Global Brand, a club for a culture.
Since bola sepak eropah pun sekarang dah slow slow berkait dengan street & hip hop culture sebagai contoh artis memakai jersey di dalam music video mahupun live stage & street style concept video untuk launching new kits sesebuah club.
Malah, bandar Paris itu sendiri dah terkenal sebagai bandar fesyen & street style untuk jenama jenama besar seperti Gucci, LV, & Channel
Ini menjadikan PSG secara tak langsung mendapat perhatian & menjadi tempat singgahan & tarikan artis ternama seperti Rihanna, Justin Timberlake, Beyonce, Jay Z, Travis Scott dan ramai lagi apabila berkunjung ke Paris.
PSG juga turut mulakan kolaborasi dgn nama besar dari sukan lain untuk naikkan jenama mereka seperti Stephen Curry & Kevin Durant tetapi batu loncatan mereka ialah apabila PSG dpt menarik minat Michael Jordan untuk collaborate dengan brand famousnya iaitu Air Jordan.
Air Jordan yang dimiliki oleh sponsor besar PSG sendiri iaitu Nike semestinya sebuah jenama besar dalam pop culture, hip hop & American sports. Brand itu sendiri dah sememangnya dikenali di kalangan fashion & sneakers collector
Menjadikan collaboration antara brand basketball terkenal di US itu (Air jordan) & kelab bola sepak terkenal di eropah ini (PSG), menarik lebih ramai peminat baru dari seluruh dunia. Walaupun dgn passion yg berbeza tetapi punyai similarities dari segi 'sportive' & 'fashionable'
Ini terbukti apabila PSG melancarkan jersey menggunakan logo Jumpman buat pertama kali dlm sejarah bola sepak, PSG berjaya menjual 80 ribu helai hanya pada minggu pertama. Jualan tersebut mendapat sambutan hangat dari serata dunia terutamanya negara street collector, US & China.
Itu baru jersey sahaja, Air Jordan & PSG turut keluarkan merchandise lain dan bawa collection tersebut ke fashion show besar besaran untuk menjadikan collection mereka sebagai satu fesyen & bukan hanya sekadar jenama sebuah kelab bola sepak.
Ini menunjukkan bahawa community luar telah menerima & menganggap jersey ini bukan lagi hanya sekadar pakaian sukan malah turut dijadikan fesyen, pakaian casual & street style. Menjadikan tindakan PSG & Air Jordan tersebut adalah satu langkah yang genius & jauh kedepan
Sebab itu kelihatan collection PSG bukan sahaja lain dari lain tapi banyak collection seperti hoodie, kasut beg dll dah mula dijual di serata dunia untuk dibeli bukan sahaja oleh para peminat bola sepak malah peminat fashion & street style.
Meskipun di sini sesetengah masih berpendapat bahawa jersey merupakan satu pakaian yang tak layak untuk dipakai ke mall dan events. Pendapat kami, ia bukan bergantung pada apa yang dipakai, tapi bagaimana anda menggayakan nya dengan betul & kemas adalah lebih penting.
Di market Malaysia sekarang pun dah ada pelbagai jenama jersey tempatan yang bermutu tinggi & menyediakan design yang updated bersesuaian untuk dipakai secara kasual & santai oleh kerana material nya yang sejuk & lembut. ZUSH sebagai salah satu contoh
ZUSH merupakan jersey yg amat sesuai untuk dibawa bersukan mahupun aktiviti harian disebabkan kualiti jersey yang latest beserta design yang menarik. Boleh lah scroll website kami di bawah untuk cuci mata atau follow kami di instagram ya. 😘

http://www.zush.com.my 
So itu sahaja, thank you pada yang membaca! Jangan lupa untuk follow kami untuk lebih banyak content menarik mengenai jersey, design info, business tips dll nanti okay! #wearzush

Credit to Athletic Interest on youtube
Source :
Btw EPL tinggal lagi 4 hari sahaja lagi, jangan lupa untuk join Liga FPL ZUSH x @FPL_MY okay! Info lanjut di thread dibawah👇🏻 https://twitter.com/zushsport/status/1300769771076505600
You can follow @zushsport.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: