Palatao atau palataologist selalu disebut netizen kepada orang yang kononnya arif sesuatu benda padahal tidak. Tahukah anda ada satu pekerjaan yang namanya mirip dengan Palatao? Kerja itu disebut Palaeontologist. Mereka ialah ahli sains yang mengkaji fosil. Mereka bukan palatao!
Eh bukan ke kaji fosil ni Archeologist ke? Ada beza ke dua ni? Ada! Mereka kerja di lapangan yang sama tapi berbeza kepakaran. Paleontologist mengkaji fosil haiwan dan tumbuhan. Archeologist mengkaji artifak manusia. Ingat tak lelaki ini? Dr. Alan Grant adalah Paleontologist!
Ada ke Paleontologist di Malaysia? Kalau rakyat Malaysia, saya belum jumpa. Yang ada, warga Jepun bernama Dr. Masatoshi Sone. Beliau paleontologist yang sudah lama mengkaji fosil di Malaysia. Ada student UM yang kenal atau pernah ada pengalaman dengan beliau?
Berapa pendapatan seorang Paleontologist? Kerjaya ini popular di Amerika Syarikat, jadi kita ikut purata kebiasaan gaji Paleontologist di sana. Gaji tahunan mereka ± RM266,656. Gaji sebulan seorang Paleontologist adalah ± RM22,219. Uwu.
Maklumat tambahan, Alhamdulillah saya dah jumpa Paleontologist Malaysia!!! Dia baca bebenang ini dan komen. Memperkenalkan @tlyadeen, Paleontologist Malaysia. Beliau turut berkongsi senarai Paleontologist Malaysia yang lain. 😍 https://twitter.com/tlyadeen/status/1303217516630556672?s=19
Thread ini bakal disambung nanti dengan maklumat tambahan tentang perjalanan belajar untuk menjadi seorang Paleontologist di Malaysia. Nanti kawan Paleontologist saya, @tlyadeen akan kongsikan. Semoga membantu semua yang berminat nak kerja dalam bidang kajian fosil! 🤗
You can follow @AdDien90.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: