ADIK

1. Genap 30 hari adik dan satu-satunya saudara kandung saya meninggal dunia pada usia 52 tahun.
2. Azmi jatuh di rumahnya di Sungai Buaya dan dibawa dengan ambulans ke Hospital Selayang. Beliau meninggal dunia sehari selepas itu disebabkan kanser usus.
3. Jenazah beliau dibawa pulang ke kampung dan disemadikan di sebelah pusara emak yang meninggal dunia empat tahun lalu. Dia dikebumikan selepas solat Subuh.
4. Dua hari sebelum beliau jatuh, kami berkomunikasi panjang. Azmi bercerita mengenai penyakit dan rawatannya. Dia terangkan satu persatu apa yang dialaminya.
5. Azmi cukup protective dan melindungi saya. Sewaktu kecil dulu, dia akan menangis apabila ada kawan-kawan mengusik saya. Begitulah kasih seorang adik kepada abang.
6. Apabila emak beritahu dia takut duduk di rumah lama yang usang (ketika hujan dan angin), adik mengajak saya buat rumah baru untuk emak dan ayah. Kami sama-sama buat pinjaman bank untuk bina rumah tersebut. Alhamdulillah, pinjaman itu sudah selesai dibayar.
7. Beberapa bulan selepas saya berhenti sebagai Pelatih Pengurusan di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Azmi masuk bekerja di sana. Itulah tempat kerja dia yang pertama dan terakhir. Sekitar 25 tahun Azmi bekerja di situ. Saya pernah cadangkan dia cari kerja lain, dia menolak.
8. Azmi sentiasa ceria. Dia mudah senyum dan ketawa. Sepanjang hayat, saya tak pernah lihat beliau marah atau meninggikan suara, termasuklah dengan anak-anak.
9. Di kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf bagi keluarga. Saya juga memohon tuan/puan untuk berdoa untuk arwah adik saya selepas solat nanti.
10. Saya juga ucapkan terima kasih kepada sanak-saudara dan rakan-rakan yang membantu pengurusan jenazah. Terima kasih tidak terhingga kepada Amanah Ikhtiar Malaysia yang menguruskan segala urusan di hospital sehinggalah pengkebumian. Al-Fatihah.
You can follow @nobisha.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: