KRONOLOGI SG ULU BENUT

Sebelum bertanding di parlimen Simpang Renggam 2018 dahulu, saya mengenalpasti beberapa masalah penduduk.

Antara yang mendesak bagi rakyat Simpang Renggam ialah permasalahan sumber air bersih dan selamat. Berbelas tahun, air mereka kotor & tak selamat.
Mengapa ia tidak selamat dan kotor?

Kerana sumber air di Simpang Renggam ini terganggu dan dikacau oleh beberapa faktor utama.

Iaitu kerja melupus sampah yang dijalankan di Ladang CEP. Sampah ini menghasilkan kandungan ammonia yang tinggi.
Apabila hujan turun, air yang terkumpul akan melimpah ke Sg Ulu Benut, bekalan air yang utama Simpang Renggam. Ia masuk ke sungai tersebut membawa kandungan ammonia yang tinggi, 2,000ppm.

Faktor lain adalah keadaan fizikal sungai dan parit yang kecil, dipenuhi lalang & sampah.
Ini adalah punca banjir kilat kerap berlaku di beberapa tempat di Simpang Renggam.

2 punca utama masalah air di Simpang Renggam iaitu Ladang CEP dan keadaan fizikal sungai dan parit, kami usahakan agar ia ditutup dari operasi, dibersihkan dan diluaskan saiznya.
Ini bagi memastikan tiada lagi kandungan ammonia yang tinggi melimpah ke Sg Ulu Benut & laluan air jadi besar & lancar.

Kerjasama yang amat baik dari Sultan Johor, Kerajaan Persekutuan & Negeri di bawah PH, agensi terlibat penyelidik tempatan membolehkan usaha ini berjaya.
4 masalah utama telah diselesaikan sepanjang tempoh 2 tahun.

Pertama - tapak pelupusan sampah CEP telah ditutup selamat operasinya.

Kedua - gangguan bekalan air telah berjaya diatasi.

Ketiga - banjir kilat di beberapa kawasan Simpang Renggam telah diselesaikan.
Kempat - anak-anak Simpang Renggam sudah boleh beriadah di sungai-sungai.

Kini, air di Simpang Renggam sudah semakin bersih dan selamat.

Di akhirnya, saya mahukan kehidupan rakyat Simpang Renggam sejahtera dan bertambah baik.
Dan saya juga seronok melihat kawasan sungai dan air di Simpang Renggam ini sudah boleh menjadi tempat riadah untuk anak-anak Simpang Renggam.
@SharaadKuttan @melisa_idris @nazrikh @BFMradio @Hussamuddin

We can actually save our river if we really want it...
You can follow @maszlee.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: